Sample Page Title

IPOH : Hanya dua kenderaan disahkan terbabit, setakat ini, dalam insiden tanah runtuh di Seksyen 27, Kilometer (KM) 39 FT 185 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley (Cameron Highlands), semalam.

Sebelum ini, tiga kenderaan dikatakan tertimbus dalam runtuhan itu membabitkan sebuah lori, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan setakat kira-kira jam 9.10 pagi tadi, hanya dua kenderaan dikenal pasti terbabit, iaitu lori dan MPV.

Katanya, bagaimanapun pihak jabatan itu masih meneruskan operasi, termasuk membersihkan laluan berkenaan bagi memastikan tiada lagi kenderaan mahupun mangsa terbabit.

Katanya, mangsa maut dalam insiden itu dikenal pasti sebagai pemandu lori, Muhamad Hafiz Hamdi, 31, dan pemandu MPV, Tan Chee Heng, 36.

“Mayat Muhamad Hafiz dijumpai jam 10.46 malam tadi, manakala mayat Chee Heng ditemui pada jam 9.54 malam.


“Berdasarkan maklumat terkini, hanya ada dua kenderaan terperangkap, iaitu lori dan MPV,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan dengan penggunaan jentera berat meliputi jengkaut, membabitkan kekuatan 139 anggota termasuk dari lain-lain agensi.

Selain itu, katanya, operasi berkenaan turut membabitkan kepakaran khas, termasuk daripada Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM, Unit Anjing Pengesan K9, serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...