• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faizal Azumu Langgar SOP Selepas Pulang Bercuti?

oleh Mohd Arshad
28/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 kerana tidak menjalani kuarantin selepas bercuti selama 12 jam ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ketua Wanita Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Yuslaini Azmi pelik bagaimana pemimpin itu boleh turun padang membantu mangsa banjir di Banting, Selangor hari ini sedangkan masih dalam tempoh kuarantin wajib.

Katanya, tindakan Ahmad Faizal itu tentunya membahayakan orang ramai terutama ketika varian Omnicron semakin menular dalam negara.

“Beliau mengakui sudah merentas ke luar negara, namun mengapa hari ini turun padang bertemu mangsa banjir sedangkan pengembara wajib menjalani kuarantin walau apa jua keputusan ujian Covid-19 mereka.

“Adakah Kementerian Kesihatan memejam mata dengan pelanggaran SOP yang jelas oleh Menteri Belia dan Sukan ini?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Faizal antara menteri Kabinet yang dikatakan bercuti ke luar negara ketika Malaysia dilanda krisis banjir.

Percutian ke Dubai itu difahamkan bagi bertemu anak-anaknya, sebelum memutuskan pulang semula ke Malaysia selepas berada selama 12 jam di sana kerana hatinya tidak tenteram susulan kejadian banjir buruk yang melanda negara.

Yuslaini turut meminta penjelasan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung isu berkenaan sekali mengenakan tindakan tegas kepada Ahmad Faizal.

Dalam pada itu, katanya, sekiranya Ahmad Faizal benar-benar prihatin terhadap nasib mangsa-mangsa banjir, beliau sepatutnya membatalkan sahaja hasrat bercuti ke luar negara.

“Bagi saya kenyataan berpatah balik dari Dubai itu amat lucu dan tidak masuk akal sedangkan beberapa hari sebelum itu beliau terlibat melancarkan skuad banjir. Adakah beliau cuba menipu rakyat Malaysia dengan lakonan tersebut?” katanya.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd. Yunus dikritik rakyat selepas berkongsi gambar berada di sebuah pergunungan Iran dalam akaun Facebook sedangkan pada waktu itu, kawasan di Hulu Langat dilanda banjir.

-Utusan Online

Tags: Covid-19Faizal Azumulanggar SOP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd