• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Maut, 15 Cedera Dalam Letupan Bom

oleh Mohd Arshad
31/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam kejadian letupan bom di bandar Quetta, barat daya Pakistan, ibu kota wilayah Balochistan, pada Khamis, menurut pegawai hospital.

Jurucakap Hospital Awam Quetta, Waseem Baig memberitahu Xinhua bahawa empat yang terkorban dan 15 mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berkenaan.

Mereka yang cedera kini menerima rawatan di pusat trauma hospital, kata jurucakap itu.

Polis memberitahu media tempatan bahawa letupan berlaku berhampiran Kolej Sains Kerajaan di kawasan Jalan Jinnah, Quetta sejurus selepas sekumpulan pelajar keluar dari bangunan kolej berkenaan.

Beberapa bangunan dan kenderaan berhampiran turut rosak akibat letupan itu, menurut media tempatan.

Pasukan keselamatan dan anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian, dan sekurang-kurangnya dua yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Pasukan keselamatan bertindak mengepung kawasan berkenaan dan memulakan operasi pengesanan. Bagaimanapun, jenis letupan masih tidak dapat dipastikan.

Sehingga kini, tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

-Sinar Harian

Tags: Islamabadletupan bommeragut nyawa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

07/05/2024
0

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah...

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

02/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden letupan bom yang mencederakan lapan orang di sebuah kafe di hab teknologi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd