• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

e-Sukan Tawar Hadiah Lebih RM20,000 Sempena AKM

oleh Mohd Arshad
10/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Hadiah wang tunai lebih RM20, 000 ditawarkan dalam pertandingan sukan elektronik (e-Sukan) sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) bermula semalam sehingga Ahad nanti.

Pengurus projek e-Sukan, Nurul Aina Nor Azmi, berkata, kejohanan yang akan diadakan nanti akan turut disertai beberapa kumpulan terkenal termasuk Home Bois; Mad Esports; Team Haw dan Suhaz Esports.

Setakat ini katanya, lebih 60 peserta telah mengesahkan penyertaan mereka dalam pertandingan berkenaan.

“Kejohanan ini diadakan di peringkat dalaman dan tidak melibatkan peserta luar negara. Kita mahu memberi fokus kepada pencarian bakat baharu untuk diketengahkan.

“Selain itu, kita juga mahu mengubah persepsi masyarakat sebelum ini kononnya e-Sukan tidak mampu berkembang baik dalam kalangan ibu bapa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Antara e-Sukan yang dipertandingkan termasuklah Mobile Legend Bang Bang, FIFA dan Racing Simulator.

Selain itu, pelbagai aktiviti lain turut diadakan dalam program ini seperti demonstrasi karangkraf, karnival kerjaya dan diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu, bekas pemain e-Sukan, Azmil Aidil, berkata, kejohanan yang diadakan sempena program 100 hari AKM ini akan dijadikan peluang untuk bertukartukar pandangan serta berkongsi ilmu serta maklumat dalam kalangan pemain .

“Pertandingan sebegini merupakan platform terbaik untuk belajar daripada mereka yang berpengalaman dan dalam masa yang sama mencari bakat baharu. Mungkin ada yang boleh mewakili Malaysia satu hari nanti.

“Malah, mereka yang berbakat juga boleh menjadikan ia sebagai satu kerjaya dengan memperolehi pendapatan tetap. Ada juga yang berjaya mencipta nama di persada antarabangsa,” ujarnya.

-Utusan Online

Tags: e-sukan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu Lori Didenda RM2,000 Kerana Pindah Lembu Tanpa Kebenaran

Next Post

Harimau Kumbang Serang Anggota Perhilitan Ditembak Mati

Related Posts

Gamer Malaysia Kongsi RM21.7 Juta

20/10/2021
0

PETALING JAYA: Nama Malaysia sekali lagi harum di pentas dunia apabila ‘gamer’ negara, Cheng Jin Xiang berkongsi hadiah AS$5.2 juta...

SPRM FIFA 21 Challenge, Sebar Mesej Antirasuah Kepada Belia

24/06/2021
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menganjurkan kejohanan e-sukan SPRM FIFA 21 Challenge, mulai 1 hingga 17 Julai...

Next Post

Harimau Kumbang Serang Anggota Perhilitan Ditembak Mati

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd