• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Pegawai JKR Mersing Didakwa Terima Rasuah

oleh Mohd Arshad
19/12/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Dua pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Mersing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM14,000, dua tahun lalu.

Mohd. Idham Mokhtar, 38, dan Mohd. Sukrizal Mohd. Shukor, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd. Idham, seorang jurutera didakwa menerima wang berjumlah RM9,000 menerusi akaun Maybank dengan tiada balasan daripada seorang individu berusia 44 tahun melalui akaun bank milik syarikat individu berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di Maybank Islamic Berhad, Jalan Ismail, Mersing, pada 19 November 2019.

Mohd. Sukrizal berjawatan Penolong Juruukur Bahan pula didakwa menerima wang berjumlah RM5,000 menerusi akaun Maybank dengan tiada balasan daripada individu sama melalui akaun bank milik syarikat individu berkenaan.

Mereka didakwa menerima wang berkenaan dengan sedar ada hubungan dengan tugas rasmi selaku Urusetia Jawatankuasa bagi kerja pembaikan lantai bangunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lembaga Endau, selain kerja pembaikan dinding dan lantai akibat mendapan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anjung Batu.

Kerja pembaikan itu turut meliputi pembaikan bumbung dan siling bagi empat blok bangunan di SMK Ungku Hussin, selain kerja pembaikan bumbung serta kerja berkaitan di SK Triang, Mersing.

Kesalahan tersebut dilakukan di Maybank Islamic Berhad, Pusat Perdagangan, Jalan Bandar, Pasir Gudang, pada 28 Disember 2019.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suhaili Sapun manakala tertuduh diwakili peguam, Rosli Kamaruddin, Zahir Rosli dan Zaim Rosli.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh dijamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 31 Januari tahun depan.

-Utusan Online

Tags: pegawai JKRterima rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd