• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: Singapura Kesan Kes Tempatan Pertama Varian Omicron

oleh Mohd Arshad
10/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA : Singapura mengesan dua lagi kes positif COVID-19 varian Omicron pada ujian awal, dengan satu kes tempatan melibatkan pekerja barisan hadapan lapangan terbang dan satu kes import.

“Kedua-dua kes sudah lengkap divaksin dan menerima suntikan penggalak. Satu bergejala manakala satu lagi mempunyai simptom tidak ketara,” kata Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat Khamis.

Kementerian berkata kedua-dua kes itu semakin pulih dan ditempatkan di wad pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID).

MOH kini menjalankan pengesanan kontak yang agresif untuk mengekang kes-kes itu.

Kes pertama ialah seorang wanita Singapura berusia 24 tahun yang merupakan kakitangan perkhidmatan penumpang di Terminal 1 dan 3 Lapangan Terbang Changi, dan pernah bekerja di bahagian penumpang transit.

Beliau mungkin berinteraksi dengan penumpang transit dari negara terjejas Omicron, menurut kenyataan itu.

Dilabel sebagai Kes 276363, KKM berkata beliau tidak bekerja di Terminal 4, tempat tiga kes jangkitan Omicron sebelum ini berada.

Petugas itu menjalani ujian COVID-19 pada 8 Dis sebagai sebahagian daripada Ujian Rutin Terdaftar (RRT) mingguan untuk pekerja barisan hadapan sempadan, dan keputusan ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) menunjukkan S-gene Target Failure, yang mungkin dikaitkan dengan varian Omicron, katanya.

Kes kedua yang dilabelkan sebagai Kes 276223, ialah seorang wanita pemastautin tetap Singapura berusia 46 tahun yang pulang ke Singapura melalui Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) dari Jerman dengan menaiki Singapore Airlines SQ325 pada 6 Dis.

“Ujian pra-berlepasnya di Perancis pada 4 Dis adalah negatif COVID-19.

“Sebaik tiba di Singapura, ujian PCRnya pada 6 Dis kembali negatif.

“Pada 7 Dis, dia mengalami hidung berair dan mendapatkan rawatan perubatan pada 8 Dis.

Wanita itu disahkan positif jangkitan COVID-19 pada hari yang sama, dan disahkan menunjukkan S-gene Target Failure pada 9 Dis, katanya.

Singapura pada Isnin (6 Nov) mengesahkan varian Omicron yang dikesan dalam dua kes pertama COVID-19 import, yang pada mulanya disyaki sebagai pembawa varian itu.

Keputusan ujian pengesahan untuk satu lagi kes import yang dilabel sebagai Kes 273611 belum selesai, katanya.

“Memandangkan kebolehjangkitannya yang tinggi dan tersebar ke banyak bahagian dunia, kita seharusnya bersedia melihat lebih banyak kes Omicron di sempadan dan juga dalam komuniti kita,” kata MOH.

-Awani

Tags: Covid-19Singapuravarian omicron
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd