• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caj Rawatan Hospital Swasta Meningkat

oleh Mohd Arshad
01/12/2021
dalam Gaya Hidup, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN : Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta.

Gesaan itu susulan aduan daripada pengguna mengenai premium insurans kesihatan mereka yang melambung tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, kos penjagaan kesihatan swasta menjadi antara alasan utama bagi peningkatan premium insurans kesihatan.

Katanya, berdasarkan laporan tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2019, didapati tuntutan insurans kesihatan perubatan (MHI) berkembang sebanyak 11.6 peratus setahun antara 2016 dan 2019.

“Ia sekali gus menunjukkan peningkatan tuntutan terus mendahului peningkatan dalam premium yang berkembang secara purata iaitu 9.5 peratus setahun.

“Tinjauan global mengenai trend perubatan pada 2019, Malaysia berada di peringkat antara yang tertinggi di Asia Tenggara dalam bentuk kos perubatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berdasarkan laporan media, sebanyak 80 peratus orang ramai mendapatkan rawatan menerusi perkhidmatan perubatan awam manakala bilangan pesakit yang pergi ke hospital swasta, jatuh kepada 70 hingga 80 peratus pada tahun lalu.

Mohideen berkata, sekiranya isu berkenaan tidak diambil perhatian, ia boleh menyebabkan orang ramai tidak mampu membayar insurans kesihatan dan pemegang polisi sedia ada atau mungkin membiarkan polisi mereka luput.

Katanya, CAP percaya peningkatan kos rawatan di hospital swasta berpunca daripada tindakan mempromosikan pelancongan perubatan.

“Menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang baik adalah kewajipan bagi kerajaan dalam memenuhi hak asas rakyat terhadap kehidupan.

“Keutamaan perlu diberikan bagi menambah baik sistem penjagaan kesihatan awam dan tidak membantu hospital swasta memaksimumkan keuntungan mereka melalui merawat pelancong perubatan asing,” katanya lagi.

-Berita Harian

Tags: caj rawatanhospital swasta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Swasta Kurang Ubat Rawat Saluran Pernafasan

Hospital Swasta Kurang Ubat Rawat Saluran Pernafasan

16/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Hospital swasta berdepan kekurangan ubat-ubatan bagi merawat masalah saluran pernafasan atas berikutan kemasukan jumlah pesakit yang semakin...

Hospital Swasta Sedia Bantu Kerajaan Selesaikan 50,000 Kes Tertangguh

17/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) menyatakan komitmen untuk membantu menyelesaikan 50,000 kes tertangguh membabitkan pembedahan dan prosedur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd