• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berakhirnya Era Pasangan Peng Soon-Liu Ying

oleh Mohd Arshad
07/12/2021
dalam Sukan, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas 13 tahun digandingkan bersama, pasangan beregu campuran badminton negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang juga pemenang pingat perak Rio 2016, akhirnya mengumumkan perpisahan mereka.

Peng Soon menerusi kiriman Instagram malam tadi dengan tulus ikhlas mengakui agar sukar bagi mereka membuat keputusan untuk berpisah buat selama-lamanya.

“Jerih perih kami bersama-sama, kami gagal, kami berjaya dan kami membesar bersama-sama. Terima kasih semua yang sentiasa menyokong saya dan Liu Ying serta kekal bersama-sama kami sepanjang 13 tahun dalam kerjaya badminton kami ini,” katanya.

Semalam, Liu Ying dalam catatan Facebook berkata bahawa mereka telah menarik diri daripada Kejohanan Dunia BWF (Persekutuan Badminton Dunia) 2021, hanya enam hari sebelum pertandingan bermula di Huelva, Sepanyol.

Ternyata amat terkesan dengan keputusan penarikan diri mereka daripada pertandingan itu, Liu Ying yang berusia 32 tahun berkata faktor usia, kecergasan dan peningkatan kes Covid-19 di seluruh dunia adalah penyebab utama mereka berundur diri.

Penarikan diri pasangan profesional itu bermakna, Pertandingan Akhir Jelajah Dunia BWF 2021 di Bali baru-baru ini adalah kejohanan terakhir mereka beraksi sebelum mengumumkan perpisahan dalam sukan badminton.

Pasangan nombor sembilan dunia itu tewas kepada Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand 8-21, 18-21 pada perlawanan separuh akhir.

Susulan keputusan mereka itu, Peng Soon, 33, menerima mesej dan kata-kata semangat daripada pemain badminton lain termasuk rakan dan bekas lawannya.

Pemain badminton Indonesia, Liliyana Natsir yang menewaskan Peng Soon-Liu Ying, 21-14, 21-12, pada final Rio 2016 bersama-sama pasangannya Tontowi Ahmad menyifatkan pemain Malaysia itu sebagai lawan yang mempunyai semangat kesukanan tinggi, hebat dan mesra.

“Anda dan Liu Ying adalah sebahagian daripada sejarah pencapaian tertinggi saya di Sukan Olimpik Rio 2016. Semoga anda berjaya pada masa hadapan,” katanya.

Legenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei dan pemenang pingat gangsa beregu lelaki Tokyo 2020, Aaron Chia pula mengucapkan kepada kedua-dua pemain itu, selamat maju jaya dalam kerjaya yang diceburi pada masa depan, manakala akaun rasmi BWF meninggalkan emoji sedih di ruangan komen.

Selain pingat perak bersejarah di Rio 2016 itu, Peng Soon-Liu Ying berjaya merangkul pingat emas dalam acara berpasukan campuran pada Sukan Komanwel 2010 di India.

Pasangan itu juga berjaya memenangi 12 kejohanan dan berada dalam ranking ketiga terbaik dunia, pencapaian tertinggi mereka pada 2013.

-Malaysia Kini

Tags: badmintonLiu YingPeng Soon
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tuduhan Rogol Pembantu Rumah, Paul Yong Diarah Bela Diri

Next Post

Body Shaming, Afdlin Selar Peminat Manchester City

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

Next Post

Body Shaming, Afdlin Selar Peminat Manchester City

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd