• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Presiden Korea Selatan Diberi Pengampunan Khas

oleh Mohd Arshad
24/12/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL : Korea Selatan memberi pengampunan kepada bekas Presiden, Park Geun-hye yang sedang menjalani hukuman penjara lebih 20 tahun.

Menteri Keadilan, Park Beom-kye, ketika mengumumkan keputusan itu, hari ini, memaklumkan ia adalah demi kepentingan perpaduan nasional.

“Bekas pemimpin itu termasuk dalam senarai individu menerima ‘pengampunan khas’, serta diampunkan dari perspektif perpaduan nasional,” katanya kepada pemberita.

Geun-hye muncul wanita pertama menyandang jawatan Presiden Korea Selatan pada 2013, namun disingkirkan kurang empat tahun kemudian selepas tercetus tunjuk perasaan besar-besaran di jalanan bagi membantah skandal rasuah membabitkan beliau.

Wanita berusia 69 tahun itu sedang menjalani hukuman penjara selama 20 tahun atas kesalahan rasuah serta penyalahgunaan kuasa, dan penjara dua tahun lagi atas kesalahan melanggar undang-undang pilihan raya.

Geun-hye telah beberapa kali dimasukkan ke hospital, tahun ini, dan agensi berita Yonhap melaporkan keadaan kesihatannya yang tidak baik ialah antara faktor beliau diberikan pengampunan.

Sebelum ini, Geun-hye bersama seorang rakan rapat, Choi Soon-sil, didakwa mengambil rasuah daripada konglomerat, termasuk Samsung Electronics, sebagai pertukaran untuk diberikan keutamaan dalam layanan.

Selain hukuman penjara, Geun-hye turut dikenakan denda yang tinggi.

Mac lalu, pendakwa raya Korea Selatan dilaporkan berkata, mereka telah merampas rumah bekas Presiden itu selepas beliau gagal membayar penalti sebanyak AS$19 juta atas kesalahan rasuah.

-Berita Harian

Tags: Bekas PresidenKorea SelatanPengampunan khas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

04/08/2025
0

SEOUL - Lebih 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat semalaman melanda wilayah selatan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd