• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Bawa 45 Pekerja Kilang Terbakar

oleh Mohd Arshad
12/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Sekumpulan pekerja kilang panik apabila bas dinaiki mereka selepas selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 di daerah ini, terbakar di Jalan Kuala Pilah-Seremban, dekat Bukit Putus, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari berlaku ketika bas membawa 45 penumpang itu dalam perjalanan pulang ke Jelebu.

Bagaimanapun, kesemua penumpang bersama pemandu terbabit sempat turun dan menyelamatkan diri sebelum bas berkenaan terbakar sepenuhnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hidayat Basly, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 12.05 tengah hari dan tiba di lokasi 13 minit kemudian.

“BBP Seremban dan BBP Seri Menanti masing-masing dengan sebuah jentera turut bergegas ke lokasi untuk memberikan bantuan.

“Setiba di lokasi kejadian, kami mendapati ada sebuah bas persiaran sedang terbakar. Pihak bomba mengambil masa hampir satu jam untuk memadamkan kebakaran itu. menggunakan bahan pemadam api jenis buih.

“Berdasarkan pemantauan selepas api dipadamkan, bas berkenaan didapati terbakar 100 peratus,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Hidayat berkata, berdasarkan maklumat pemandu, bas terbabit membawa 45 pekerja kilang yang selesai divaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Perniagaan Cattleya, Senawang, dan dalam perjalanan pulang ke Simpang Pertang, Jelebu, ketika insiden berlaku.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan kerana kesemua mereka sempat keluar dari bas lebih awal.

Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan di kedua-dua arah, dengan kepulan asap tebal menyelubungi kawasan sekitar.

BHonline-

Tags: kebakarankemalangan bas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd