Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

UMNO Tolak Syor Lantik...

KUALA LUMPUR - UMNO menolak cadangan untuk melantik bekas Presiden, Datuk Seri Najib...

Didakwa Bunuh Pemilik Bengkel...

PENGUMPUL besi buruk didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas tuduhan...

Orang Asli Ambil Inisiatif...

TAPAH – Penduduk Orang Asli di Perak perlu mempunyai inisiatif untuk meningkatkan sosio...

Permohonan Najib, Keluarga Periksa...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 31 Januari tahun...

Bank Komersial Diharap Tidak Ambil Tindakan

PUTRAJAYA: Biarpun negara sudah memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), masih ramai peniaga mikro, kecil dan sederhana, khususnya penjaja kecil, terkesan akibat masalah kewangan.

Atas sebab itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau menyeru kepada bank komersial, untuk tidak mengambil tindakan terhadap golongan peniaga terbabit yang masih gagal melunaskan bayaran balik pinjaman.

Perdana Menteri berkata, sektor bank komersial diharap mencontohi Bank Rakyat dan SME Bank di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac), yang tidak mengambil tindakan terhadap peniaga yang menghadapi masalah sedemikian sehingga Jun 2022.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri Medac, Tan Sri Noh Omar, apabila mengumumkan institusi kewangan di bawah Medac seperti Bank Rakyat dan SME Bank, termasuk juga bukan bank seperti Tekun dan AIM, diarahkan tidak ambil tindakan undang-undang kepada penjaja yang masih gagal jelaskan hutang bank.

“Saya difahamkan sehingga Jun tahun depan, tindakan undang-undang tidak boleh dilakukan. Saya juga merayu, menyeru kepada bank komersial lain supaya memberikan pertimbangan sewajarnya, dan tidak mengambil tindakan undang undang terhadap peniaga-peniaga mikro khususnya penjaja-penjaja dan peniaga kecil,” katanya lagi.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap melancarkan Majlis Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan 2021 (HPPK 2021), anjuran Medac, di Putrajaya hari ini.

Pada majlis yang sama, beliau turut melancarkan program Transformasi Pasar Malam oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).


Berucap lanjut, Ismail Sabri berkata, dua tahun kebelakangan ini merupakan satu tempoh sukar disebabkan penularan COVID-19 yang memberi kesan mendalam kepada seluruh Keluarga Malaysia.

“Bukan sedikit kesan yang menimpa, khususnya kepada penjaja dan peniaga kecil. Ada yang tidak mampu bertahan dan terpaksa terus gulung tikar, tidak kurang juga terpaksa mencari alternatif perniagaan yang lain untuk bangkit kembali.

“Apabila sektor ekonomi mula dibuka dan dibenarkan beroperasi perlahan-lahan, barulah mereka sudah boleh menarik nafas lega,” katanya lagi.

Justeru, Perdana Menteri berkata, penganjuran HPPK dan pelancaran Program Transformasi Pasar Malam itu merupakan satu pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan penjaja dan peniaga kecil kepada negara.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori