• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awas Muslihat Kluster Broker BN

oleh Mohd Arshad
14/12/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pengumuman sekumpulan Ahli Parlimen BN menyokong agar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai PM sehingga berakhir penggal Parlimen pada tahun 2023 bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.

Inilah muka-muka yang dulu gigih mempertahankan kerajaan gagal Perikatan Nasional (PN) pimpinan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga sanggup menghentam parti dan pemimpin sendiri.

Orang bijak pandai pasti prejudis muslihat sebenar mereka bukan semata-mata untuk Ismail Sabri kekal sebagai PM, tetapi supaya PRU-15 tidak berlangsung awal gara-gara bimbang PN yang diketuai PPBM kalah teruk selepas apa mereka saksikan di Melaka 20 November lalu.

Kumpulan Ahli Parlimen BN yang sering didakwa sebahagian ahli sebagai bertaraf broker ini sangat khuatir BN mampu bangkit dan menang PRU-15 secara solo lalu kembali sebagai teras pentadbiran kerajaan Malaysia kerana yang mereka mahukan adalah kemenangan PN, bukan kemenangan mutlak BN.

Jika BN bisa menang secara solo maka jawatan, kedudukan serta karier politik anugerah PN dan Ismail Sabri kepada mereka ibarat telur di hujung tanduk kerana pastinya yang akan mengetuai jentera pentadbiran Malaysia selepas itu adalah dalam kalangan pimpinan utama BN yang mereka khianati.

Justeru andai PRU-15 diadakan sehingga penggal Parlimen berakhir maka mereka masih berpeluang untuk merampas tampuk pimpinan UMNO semasa pemilihan parti, memanipulasi ahlinya, menggula-gulakan akar umbinya dan seterusnya meletakkan UMNO serta BN di bawah telunjuk PN.

Manakala bagi PAS sudah pasti bermuslihat sama kerana bimbang BN kembali sebagai Kerajaan Persekutuan selepas pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap UMNO dalam Muafakat Nasional selain khuatir kehilangan jawatan dan kedudukan dalam kerajaan.

Orang yang lebih bijak pandai pasti lebih prejudis muslihat sebenar Ahli Parlimen BN dan PAS terbabit supaya tokoh politik BN yang mengancam kedudukan politik mereka dihumban “ke dalam” terlebih dahulu agar PN ada peluang cerah pada PRU-15.

Dalam soal ini Ahli Parlimen BN dan PAS terbabit berkemungkinan mendapat sokongan tidak nyata Pakatan Harapan (PH) kerana masing-masing ada “common interest” iaitu menyingkirkan pemimpin rakyat yang mereka sama-sama takuti.

Bagaimanapun satu perkara agak menarik dalam alasan mereka kali ini tidak lagi menyebut kerajaan sedia ada perlu dipertahankan bagi menghalang DAP kembali berkuasa kerana Presiden UMNO mahu bekerjasama dengan DAP.

Mungkin naratif Presiden UMNO menjalin kerjasama dengan DAP sudah tidak laku kerana telah terbukti rekaan semata-mata semasa cuba mempertahankan Presiden PPBM sebagai PM suatu ketika dulu.

Inilah pendekatan politik berkepentingan kendiri paling huduh dan dayus pernah disaksikan di Malaysia dan menjadi penyebab jelas mengapa PRU-15 perlu diawalkan supaya mandat dapat diserahkan semula kepada rakyat. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ahli Parlimen Sokong Ismail Sabri Kekal PM Sehingga 2023

Next Post

Ibu Didakwa Abai Anak Lelaki Sehingga Maut Jatuh Kondominium

Related Posts

Thailand Harap Lawatan Ismail Sabri Perkukuh Kerjasama Dua Hala

22/02/2022
0

BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh...

Sempadan Negara Tidak Dibuka 1 Mac: PM

11/02/2022
0

TANGKAK - Pembukaan sempadan negara bermula 1 Mac seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini tidak akan dilaksanakan kerana...

Next Post

Ibu Didakwa Abai Anak Lelaki Sehingga Maut Jatuh Kondominium

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd