Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Malaysia Akan Terus Tingkat...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan terus meningkatkan kemampanan, mengurangkan defisit dan memastikan hutang...

Lampu Biru Berkelip Alternatif...

JELI - Pemasangan lampu bercahaya biru di beberapa tempat di daerah ini dilihat...

Presiden PAS Wajar Saman...

KUALA LUMPUR - Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berpandangan...

Remaja Lelaki Tembak Rakan...

HANYA kerana diejek tidak memakai pewangi, seorang remaja lelaki memembak mati dua rakan...

Amaran Hujan Sangat Lebat

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran bahaya (merah) dengan hujan sangat lebat dijangka berterusan berlaku melibatkan tujuh daerah di Perak iaitu Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Amaran tahap buruk (jingga) juga dikeluarkan membabitkan Kedah (Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama dan Kuala Kangsar) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan).

Selain itu, amaran tahap waspada (kuning) dengan hujan berterusan dijangka berlaku melibatkan beberapa lokasi di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Sebanyak lapan negeri iaitu Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang terkesan dengan banjir melanda seluruh negara sejak kelmarin.


Ia ekoran Lekukan Tropika membadai selatan Filipina apabila fenomena berkenaan mengukuhkan angin timur laut bertiup ke kawasan Semenanjung Malaysia dengan membawa lembapan tinggi di kawasan pantai timur dan menentasi Semenanjung Malaysia.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori