Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Pencemaran Udara Selubungi Sukan...

JAKARTA – Indonesia bersiap sedia untuk pembukaan Sukan Asia, namun ibu kotanya yang...

Peneroka Felda Akan Terus...

SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yakin pengundi-pengundi di Felda akan terus...

Jalaluddin Hassan Pengsan Selepas...

AKTOR dan pengacara terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan pengsan selepas menjadi tamu program bual...

2 Batang Besi Tembusi...

MUMBAI - Seorang pekerja pembinaan terselamat biarpun jatuh dan badannya ditusuk dua batang...

Ahli Parlimen Sokong Ismail Sabri Kekal PM Sehingga 2023

KUALA LUMPUR: Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia (BBC) hari ini menzahirkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk terus memimpin negara sehingga berakhir penggal Parlimen pada tahun 2023.

Syor itu dikemukakan Ahli Parlimen Padang Rengas dari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz atas alasan bagi memberi ruang dan peluang kepada Ismail Sabri untuk menyelesaikan isu rakyat yang terkesan akibat penularan COVID-19 serta melaksanakan pemulihan ekonomi.

Beliau menyifatkan tempoh 100 hari tidak mencukupi untuk kerajaan pimpinan Ismail Sabri menyelesaikan isu rakyat sebaliknya Ahli Parlimen Bera itu perlu diberikan lebih masa untuk mengotakan janji demi kepentingan rakyat.

“Untuk selesaikan masalah rakyat, apa yang kita janji mesti ditunaikan. Sekarang ini baru 100 hari dan tak mungkin dalam 100 hari boleh tunaikan apa yang dijanjikan merangkumi pemulihan ekonomi, COVID-19.

“Kalau nak mempercepatkan pilihan raya, kena luluskan Akta Anti Lompat Parti terlebih dulu. Rakyat tidak mahu perkara ini (lompat parti) berlaku lagi dan kita ada lagi benda nak selesaikan seperti Undi 18, pendaftaran undi automatik.

“Saya sebagai penyokong kerajaan, pertama sekali saya beri sokongan kepada Perdana Menteri kita untuk beliau meneruskan (teraju kerajaan) sehingga tahun 2023 kerana rakyat mahu tahu beliau adalah pilihan untuk lima tahun atau satu penggal.

“Kita kena sokong Perdana Menteri sehingga habis penggal dan kemudian baru adakan pilihan raya,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.


Yang turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen Julau, Larry Sng; Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Ahli Parlimen Pasir Salak selaku Pengerusi BBC, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman termasuk beberapa pemimpin BN lain.

Sementara itu, Mohd Khairuddin berkata, beliau yang mewakili PAS menyatakan sokongan kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu, 18 ahli Parlimen parti berkenaan berada di belakang Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

“Mewakili PAS, kami menyokong penuh kepemimpinan Yang Amat Berhormat (Ismail Sabri) yang berjaya membawa satu wadah kepimpinan Keluarga Malaysia sangat berjaya.

“Kita yakin banyak kita boleh laksanakan untuk kebaikan rakyat tanpa mengira agama, kaum dan rantau. Kami berdiri penuh 18 orang (ahli Parlimen) bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sehingga akhir penggal, Insya-Allah,” katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori