• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8,000 Penjawat Awam Pahang Terima Insentif RM1,200

oleh Mohd Arshad
06/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN: Kerajaan Pahang akan memberi insentif RM1,200 seorang kepada 8,000 penjawat awam membabitkan semua gred di negeri itu dengan bayaran dikreditkan pada minggu ketiga bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pemberian itu sebagai menghargai komitmen penjawat awam dalam memastikan agenda pembangunan negeri dan masyarakat dapat dicapai.

Beliau berkata, keputusan pemberian insentif itu diumumkan ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2022 pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

“Sebagai penghargaan kepada penjawat awam, kerajaan negeri bersetuju memberi insentif RM1,200 kepada mereka di bawah pentadbiran kerajaan negeri bagi semua gred.”Bayaran ini akan dikreditkan pada minggu ketiga Januari 2022 membabitkan peruntukan sebanyak RM9.6 juta,” katanya.

Wan Rosdy berkata, sebagai tanda keprihatinan dan memastikan kesihatan warga emas di Pahang berada pada tahap terbaik, kerajaan negeri juga bersetuju memperuntukkan RM10 juta melalui Kad Kesihatan Warga Emas yang akan memberi manfaat kepada 18,000 penerima.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri mewujudkan Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri Pahang.

Beliau berkata, pada tahun depan, kerajaan negeri memperuntukkan RM150,000 kepada jawatankuasa ini bagi melaksanakan program pembangunan dan kesejahteraan di setiap daerah.

“Kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang sedang melaksanakan Kompleks Warga Emas di Bandar Wakaf Madinah Mawaddah yang bercirikan bandar Islam moden di atas tanah seluas 74.8 hektar di Penor, Kuantan.

“Bandar Wakaf Madinah Mawaddah ini dirancang sebagai perbandaran sempurna yang disokong pelan pembangunan terperinci bagi menyantuni warga emas, warga ilmu, golongan asnaf dan gelandangan yang memerlukan perkhidmatan sokongan,” katanya.

Wan Rosdy berkata, fasa satu pembinaan sedang berjalan membabitkan Kompleks Warga Emas yang menyediakan 106 unit rumah warga emas kepada 200 penghuni, surau atau pusat pengajian yang mampu memuatkan sekitar 600 jemaah dan beberapa fasiliti sokongan.

Katanya, fasa satu dijangka siap pada akhir 2022 dan menerima penghuni pertama dijangka pada Mac 2023.

BHonline-

Tags: InsentifPahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd