• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zakri Serah Surat Tauliah Lantikan Kepada Ratu Elizabeth II

oleh Mohd Arshad
26/11/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK) Great Britain dan Ireland Utara, Zakri Jaafar semalam menyerahkan Surat Tauliah Lantikan dan Surat Panggil Balik untuk penyandang sebelumnya kepada Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham di London.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London dalam satu kenyataan berkata pada istiadat secara maya itu, Zakri menyampaikan sembah maklum kepada Ratu Elizabeth II, salam mesra daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Kenyataan itu menyebut, Zakri turut menyampaikan ucapan selamat sejahtera bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia kepada kerajaan dan rakyat UK.

Katanya, Zakri kemudian menyatakan perasaan amat berbesar hati dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK Great Britain dan Ireland Utara dan akan berusaha untuk mengeratkan serta mengembangkan persahabatan dan kerjasama antara Malaysia dan UK ke tahap yang lebih tinggi.

“Hubungan diplomatik antara Malaysia dan UK yang diwujudkan pada 1957 kini menjadi substantif dan meluas merangkumi pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan, pendidikan dan latihan, perubahan iklim, budaya dan pelancongan, dan hubungan rakyat dengan rakyat.

“UK kekal sebagai rakan dagang dan ekonomi penting untuk Malaysia.

“Sejak 10 tahun kebelakangan ini hubungan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara adalah positif. Biarpun dengan penularan COVID-19 pada 2020, jumlah dagangan meningkat sebanyak 1.4 peratus kepada RM16.69 bilion (£3.09 bilion) berbanding 2019,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, jumlah eksport ke United Kingdom bernilai RM9.99 bilion (£1.85 bilion) manakala import pula berjumlah RM 6.71 bilion (£1.24 bilion).

Katanya, dari Januari hingga September lalu jumlah dagangan dengan UK meningkat sebanyak 4.9 peratus kepada RM12.59 bilion (£2.20 bilion).\

Sementara itu, kenyataan sama memaklumkan, Zakri adalah diplomat kanan yang berkhidmat dengan Kementerian Luar sejak 1992.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau memegang pelbagai jawatan termasuk Setiausaha Bahagian (Ekonomi dan Alam Sekitar Pelbagai Hala), Setiausaha Bahagian (Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)-D-8, Pertubuhan Khas dan Kerjasama Selatan-Selatan), dan Setiausaha Bahagian (Pembangunan).

Selain itu, Zakri juga pernah berkhidmat di Kedutaan Malaysia di Chile dan Jepun.

“Sebelum dilantik memegang jawatan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK Great Britain dan Ireland Utara, Zakri berkhidmat sebagai Duta Malaysia ke Jordan dari 2014 hingga 2017 dan Duta Malaysia di Bosnia Herzegovina dari 2017 hingga Mei 2021,” katanya.

-Berita Harian

Tags: duta malaysiaQueen Elizabeth IIzakri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gempa Bumi Kuat Landa Sempadan Myanmar-India

Next Post

Laluan Ke Pos Yum Ditutup

Related Posts

COVID-19: Malaysia Boleh Contohi China – Duta Malaysia

13/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Malaysia boleh mencontohi pengalaman negara China dalam mengawal penularan COVID-19, kata Duta Besar Malaysia ke China, Raja...

Duta Malaysia Antara 55 Individu Selesai Proses Kuarantin

06/04/2020
0

NILAI - Proses kuarantin 55 individu terdiri daripada warga Malaysia dan tanggungan serta bukan warganegara yang tiba di tanah air...

Next Post

Laluan Ke Pos Yum Ditutup

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd