• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wisma Putra Pantau Kes Hukuman Mati Warga Malaysia Di Singapura

oleh Mohd Arshad
03/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura akan terus memantau perkembangan kes pelaksanaan hukuman mati ke atas tahanan warganegara Malaysia, Nagaenthran Dhamalingam dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada Nagaenthran dan keluarga.

Menteri Luar Saifuddin Abdullah dalam suatu kenyataan hari ini berkata, beliau juga telah mengutus surat kepada Menteri Luar Singapura berkenaan dengan kes tersebut.

Saifuddin berkata beliau juga telah menerima surat daripada organisasi Anti-Death Penalty Asia Network (ADPAN) melalui Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah yang memberitahu tentang pelaksanaan hukuman tersebut serta memohon supaya Kementerian Luar membangkitkan kes itu kepada kerajaan Singapura.

Nagaenthran ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009 atas kesalahan penyeludupan dadah jenis diamorphine seberat 42.72 gram dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 22 Nov 2010.

Proses rayuan melalui mahkamah telah pun dibuat sehingga ke peringkat akhir iaitu melalui permohonan Pengampunan Presiden (Presidential Clemency). Bagaimanapun, permohonan tersebut telah ditolak pada 1 Jun 2020.

– Bernama

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Berkali-Kali Suruh Buat RCI 1MDB Dulu, Kenapa Tak Buat? – Najib

Tags: Wisma Putra
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Duta Besar Palestin Ucap Terima Kepada Kerajaan Dan Rakyat Malaysia – Tok Mat

Duta Besar Palestin Ucap Terima Kepada Kerajaan Dan Rakyat Malaysia – Tok Mat

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menerima kunjungan hormat Duta Besar Palestin ke Malaysia yang baharu, Jehad...

Malaysia-AS Naik Taraf Hubungan Ke Arah Perkongsian Strategik Komprehensif – Wisma Putra

Malaysia-AS Naik Taraf Hubungan Ke Arah Perkongsian Strategik Komprehensif – Wisma Putra

26/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Satu pencapaian bersejarah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd