• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas, Golongan Berisiko Digesa Terima Dos Penggalak

oleh Mohd Arshad
22/11/2021
dalam Gaya Hidup, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Kerajaan Pulau Pinang menggesa warga emas dan golongan berisiko tinggi agar mengambil suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Norlela Ariffin berkata, tindakan mereka menolak dos penggalak akan menyukarkan usaha kerajaan negeri menangani penularan wabak tersebut.

“Setakat ini hampir 35,000 orang telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19, namun ada kira-kira 40 peratus yang tidak hadir janji temu seperti ditetapkan dalam MySejahtera dan menyebabkan Pulau Pinang direkodkan antara lima negeri terendah penerima dos tersebut.

“Berdasarkan maklumat, ada di antara mereka yang tidak hadir itu disebabkan enggan menerima vaksin berbeza, contohnya jika dos pertama vaksin jenis Sinovac mereka nak dos penggalak juga daripada jenis yang sama (Sinovac) dan tidak mahu campur (vaksin).

“Saya minta mereka terima sahaja dos pengalak Pfizer kerana Kementerian Kesihatan (KKM) telah buat kajian berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Tabung Bantuan Pelajar Covid-19 di Icon City di sini pada Ahad.

Pada majlis itu 111 pelajar yang kehilangan ibu atau bapa akibat wabak tersebut menerima sumbangan wang tunai hasil kutipan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Lions Club Bayan Baru.

Mengulas lanjut, Norlela berkata, kerajaan negeri berusaha meningkatkan kesedaran berhubung pemberian dos berkenaan di negeri itu termasuk mewujudkan pusat pemberian vaksin (PPV) dos penggalak sebagai kemudahan kepada rakyat.

Menurutnya, ketika ini sebanyak 74 klinik dan lapan hospital swasta dijadikan pusat pemberian suntikan dos berkenaan, selain sebuah PPV dos penggalak di Sunshine Square di bahagian pulau yang boleh memberi sebanyak 1,500 dos sehari.

Beliau berkata, bermula Isnin orang ramai boleh mendaftar bagi mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 secara walk-in atau jumpa terus dan pihaknya memberi jaminan vaksin yang ditawarkan mencukupi.

-Sinar Harian

Tags: Covid-19dos penggalakwarga emas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih 2.5 Juta Populasi Remaja Di M’sia Lengkap Divaksin

Next Post

Syor Ubah Jadual SPM, Elak Jumaat Hingga Ahad

Related Posts

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

27/05/2025
0

Georgetown: Lelaki warga tempatan berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan kejadian ragut membabitkan wanita warga emas di Jelutong,...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Syor Ubah Jadual SPM, Elak Jumaat Hingga Ahad

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd