Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Lipis...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Lipis kekal 46 orang daripada 13 keluarga...

Woodball Sesuai Untuk Pupuk...

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah permainan woodball...

1,410 Bungkus Rokok Seludup...

LAHAD DATU - Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu merampas 1,410 bungkus kecil...

Polis Tumpas Penipuan ‘Scammer’,...

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Sebelum ini, Mynewshub pernah menyebarkan kisah...

UK Senaraikan Sinovac, Sinopharm, Covaxin Sebagai Vaksin Diluluskan

LONDON: United Kingdom (UK) pada Isnin mengumumkan vaksin Sinovac dan Sinopharm keluaran China serta vaksin Covaxin dihasilkan India bakal dimasukkan ke dalam senarai vaksin COVID-19 yang diluluskan negara itu.

“Mulai 4 pagi Isnin 22 November, vaksin COVID-19 yang tersenarai untuk penggunaan kecemasan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) akan diiktiraf dan semua kanak-kanak bawah umur 18 tahun yang tiba di sempadan England akan dilayan sebagai penerima vaksin lengkap,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kerajaan.

Di UK, penumpang yang lengkap vaksinasi dan telah menerima sijil vaksin satu daripada lebih 135 negara dan wilayah yang diluluskan tidak perlu menjalani ujian saringan pra-berlepas, ujian pada hari kelapan atau kuarantin kendiri semasa ketibaan.

Sebaliknya, penumpang hanya perlu membayar untuk ujian saringan selewatnya sehari selepas ketibaan.


Setiausaha Kesihatan Britain, Sajid Javid berkata pengumuman baharu itu adalah satu langkah merancakkan kembali industri pelancongan, perniagaan selain memberi peluang keluarga serta rakan-rakan bertemu dan melakukan perjalanan ke luar negara.

“Senarai merah dan sistem kuarantin kekal penting dalam melindungi sempadan kita dan seperti yang kami katakan, kami tidak teragak-agak untuk bertindak menambah negara ke senarai merah jika perlu,” katanya.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori