• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tak Semestinya Omicron Lonjak Risiko Kematian’

oleh Mohd Arshad
30/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kemunculan varian baharu, Omicron, tidak semestinya mengundang peningkatan risiko kematian atau masalah kesihatan yang serius.

Bagaimanapun, pakar virologi tidak menolak kemungkinan varian yang sebelum ini dikenali sebagai B.1.1.529 itu mempunyai potensi merebak pada kadar lebih cepat.

Pakar virologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar, menjelaskan virus mempunyai sifat untuk sentiasa menjalani mutasi bagi memastikan kelangsungan hidupnya.

Katanya, dua aspek yang lazimnya menjadi sandaran kepada kehidupan virus ialah kemampuan untuk merebak dan tahap virulens atau potensi mengundang komplikasi kesihatan.

“Virus lebih cenderung untuk mempunyai sifat cepat membiak atau menular dalam kalangan perumah, berbanding menyebabkan perumah mati.

“Ia berikutan jika perumah mati, peluang mereka menjangkiti perumah lain akan hilang, sekali gus gagal memastikan generasi virus daripada terus hidup.

“Masih banyak yang kita tidak tahu mengenai Omicron, tetapi perkembangan setakat ini tidak semestinya membawa perkhabaran buruk,” katanya kepada BH, hari ini.

Varian Omicron mula dikesan merebak di Afrika Selatan pada 9 November lalu, sebelum dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira dua minggu kemudia iaitu 24 November lalu.

Menerusi penelitian awal, varian berkenaan mengundang kebimbangan orang ramai kerana ia mempunyai 32 mutasi protein pepaku, peningkatan dua kali ganda berbanding Delta.

Laporan setakat ini menunjukkan jangkitan varian Omicron yang kini dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) oleh WHO hanya menyebabkan gejala sederhana kepada penduduk di Afrika Selatan, meskipun negara terbabit mempunyai kadar liputan imunisasi rendah.

Sazaly berkata jalan terbaik untuk membendung risiko penularan jangkitan varian Omicron ialah menerusi pematuhan prosedur operasi standard (SOP), iaitu pemakaian pelitup muka, mengekalkan penjarakan fizikal dan menjaga kebersihan.

“Penutupan sempadan seketat mana pun, Omicron akan tetap dapat masuk menerusi pelbagai cara kerana kemasukan individu dari luar ke Malaysia sentiasa ada.

“Justeru, kita harus terus bergantung kepada SOP dan vaksin sedia ada yang terbukti berupaya membendung risiko gejala kesihatan sekiranya dijangkiti COVID-19, termasuk Delta sebelum ini,” katanya.

Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip, yang menyatakan pendirian sama berkata, kebimbangan mengenai Omicron kini terarah kepada mutasi struktur varian berkenaan.

Beliau berkata, 15 daripada 50 mutasi berlaku pada domain pelekatan reseptor, 32 di protein pepaku, empat di domain terminal terakhir dan tiga di kawasan tapak pemisahan atau pemotongan.

“Apa yang kita bimbangi sekarang ialah berhubung domain pelekatan dan tapak pemotongan Omicron yang bakal menentukan banyak sifat varian ini.

“Semua maklumat ini akan diketahui dalam tempoh terdekat, tetapi prinsipnya ialah sebarang mutasi sehingga membawa kepada kemunculan varian baharu, tidak semestinya sesuatu yang buruk.

“Bagaimanapun, masyarakat tidak boleh leka, sebaliknya terus mengamalkan langkah pencegahan dan ambil suntikan vaksin,” katanya.

BHonline-

Tags: Covid-19varian omicron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd