• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kertas Siasatan 10 Syarikat Hampir Selesai

oleh Cj Mnh
22/11/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hampir selesai melengkapkan kertas siasatan melibatkan 10 syarikat yang menerima geran peruntukan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata kertas siasatan itu akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat bagi dicadangkan pertuduhan terhadap syarikat berkenaan.

Beliau berkata siasatan terhadap syarikat lain masih diteruskan dan SPRM bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara untuk menubuhkan pasukan khas bagi meneliti tuntutan lain.

“SPRM telah merampas semua laporan yang dikemukakan syarikat-syarikat berkenaan dari 2018 hingga 2020,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen kesedaran pencegahan rasuah di pengangkutan awam berteraskan usaha sama antara SPRM dengan MRT Corp di Stesen MRT Muzium Negara, di Kuala Lumpur hari ini.

Azam berkata SPRM menjalankan siasatan terhadap dua perkara iaitu unsur jenayah dan penambahbaikan prosedur serta sistem pemberian geran.

Beliau turut mengakui terdapat kelompangan dalam sistem dan prosedur yang diamalkan kerajaan menerusi pemberian geran.

“Ini satu perkara yang SPRM perlu lihat dan kita sedang berbincang dengan kementerian berkenaan supaya ia tidak berlaku pada masa akan datang,” katanya.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan sedang meneliti semua permohonan, laporan perbelanjaan dan program yang dikatakan telah dilaksanakan oleh penerima geran peruntukan MITRA sejak 2019 hingga 2021.

Ini susulan penahanan beberapa pengarah syarikat yang disyaki terlibat dengan penyelewengan geran peruntukan dikeluarkan MITRA.

Sebanyak 337 syarikat, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) dikenal pasti telah diluluskan geran peruntukan oleh MITRA sejak 2019 hingga 2021 dengan peruntukan berjumlah kira-kira RM203 juta.

– Bernama

Tags: MITRASPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pas, PN Masih Mampu Gugat Kubu Kuat BN

Next Post

DAP – Ikhlas Dan Setialah Dalam Berkawan

Related Posts

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq...

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

Next Post

DAP - Ikhlas Dan Setialah Dalam Berkawan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd