• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seret Penghantar Makanan, Pemandu Mabuk Dipenjara 3 Tahun, Denda

oleh Mohd Arshad
18/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun serta denda RM13,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana menyebabkan kematian seorang penghantar makanan pada Jun 2020.

Tertuduh, Khor Yong Zhang, 22, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Amanina Mohamad Anuar.

Selain itu, tertuduh juga dibatalkan lesen memandunya serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu untuk tempoh lima tahun dari tarikh sabitan.

Sementara itu, isteri mangsa, Zahlawatti Dahlan yang ditemui Astro AWANI berkata, beliau berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang memihak kepada keluarganya.

“Saya bersyukur sangat sebab kes ini berpihak pada keluarga, kalau boleh kita mahukan hukuman yang lebih berat tetapi kita akur dengan undang-undang.

“Saya kehilangan suami dan begitu juga dengan anak-anak yang kehilangan ayah… Alhamdulillah kakak bersyukur sangat dengan keputusan mahkamah,” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Pada Jun 2020, Allahyarham, Mohamed Zaili Mohamed maut akibat dilanggar pemandu mabuk ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.

Malah mangsa juga dikatakan telah diseret sejauh 2 kilometer dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.30 pagi.

Sebelum ini, keluarga mangsa yang ditemui Astro AWANI turut mengharapkan pembelaan yang sewajarnya terhadap kes ini.

Insiden menyayat hati itu yang tular sebelum ini turut mendapat pelbagai pihak antaranya pendakwah bebas, Ebit Lew yang turut berkunjung ke rumah mangsa untuk menyampaikan bantuan.

Awani-

Tags: pemandu mabuk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Siasat Kes Pelajar Cuba Bunuh Diri

Next Post

Warganegara Asing Langgar SOP COVID-19 Boleh Diusir

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Kereta, Pintu Kaca Bank Ditahan Polis

Pemandu Mabuk Langgar Kereta, Pintu Kaca Bank Ditahan Polis

29/12/2024
0

TAWAU : Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan merempuh pintu kaca sebuah bank di...

Pemandu Lori Mabuk Rempuh Tiga Kenderaan Parkir Ditahan

Pemandu Lori Mabuk Rempuh Tiga Kenderaan Parkir Ditahan

04/12/2024
0

Johor Bahru : Tiga kereta yang diletakkan di parkir awam dirempuh sebuah lori disyaki dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol...

Next Post

Warganegara Asing Langgar SOP COVID-19 Boleh Diusir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd