• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM1 Bilion Projek Khas Basmi Miskin Tegar Tahun Depan

oleh Mohd Arshad
23/11/2021
dalam Gaya Hidup, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan melaksanakan projek pembasmian kemiskinan tegar di seluruh negara bermula pada Februari atau Mac depan dengan peruntukan projek khas sebanyak RM1 bilion.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata peruntukan tersebut telah diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan senarai lokaliti yang terlibat di setiap negeri akan dipilih dalam masa dua minggu lagi dengan kerjasama kerajaan negeri dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM500 juta untuk membiayai projek membasmi miskin tegar di seluruh negara dan setiap negeri akan dikenal pasti sebanyak tiga atau lima lokaliti untuk menghapuskan miskin tegar secara bersasar.

“Kita akan mengambil pendekatan holistik melibatkan agensi kerajaan pusat, kerajaan negeri, universiti, bahagian korporat, yayasan serta badan-badan lain,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Isnin.

Selain itu, beliau berkata negeri Sabah dan Sarawak akan mendapat peruntukan yang besar berikutan populasi dan keluasan kedua-dua negeri tersebut.

“Oleh kerana peruntukan ini khusus untuk menangani miskin tegar, agihannya tertakluk kepada ubah suai dari semasa ke semasa tertakluk kepada kelulusan perdana menteri,” katanya.

Katanya manakala sebanyak RM350 juta adalah untuk projek tidak tersenarai bagi tahun depan atas sebab-sebab tertentu atau projek kritikal yang perlu dilaksanakan kerana kecemasan yang mempunyai impak yang besar.

-Berita Harian

Tags: miskin tegarRM1 bilion
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isteri Curang, Pilih Warga Asing

Next Post

Tiada Kes Kematian Akibat Pengambilan Vaksin Covid-19

Related Posts

Miskin Tegar Boleh Beli Barang Runcit RM600 Dengan Hanya Tunjuk IC

Miskin Tegar Boleh Beli Barang Runcit RM600 Dengan Hanya Tunjuk IC

17/07/2023
0

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) boleh membuat pembelian barangan keperluan asas tanpa tunai di 600 pasar raaya dan kedai runcit...

200,000 Rakyat Miskin Tegar Terima RM600 Isnin Depan

200,000 Rakyat Miskin Tegar Terima RM600 Isnin Depan

14/07/2023
0

PUTRAJAYA - Seramai 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data e-kasih akan menerima Sumbangan...

Next Post

Tiada Kes Kematian Akibat Pengambilan Vaksin Covid-19

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd