Saturday, February 24, 2024

Creating liberating content

Video Seks: Mahathir Yakin...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin video intim yang...

Kutip Derma Anjur Tahlil...

KANGAR - Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) menegaskan perbuatan memungut sumbangan untuk menganjur...

Casio WSD F-10, Jenama...

CASIO merupakan jenama yang terkenal dengan penghasilan jam tangan yang tahan lasak.Suatu ketika...

Isu Bendera Selesai, KJ...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menyampaikan permohonan...

78.5% Populasi Remaja Lengkap Divaksin

Seramai 2,472,098 individu atau 78.5 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini sudah menerima vaksin COVID-19 lengkap setakat 11.59 malam tadi, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW.

Berdasarkan data itu juga, seramai 22,258,551 orang dewasa atau 95.1 peratus populasi dewasa lengkap divaksin, 1,031,946 atau 4.4 peratus masih tidak divaksin, manakala seramai 22,843,780 menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

SEDANG VIRAL >> Keluar Angin Melalui Faraj – Hukum Dan Implikasinya

Secara keseluruhan, seramai 24,730,649 atau 75.7 peratus populasi Malaysia sudah menerima vaksin COVID-19 yang lengkap.

Mengenai jumlah dos vaksin harian, sebanyak 143,662 dos diberikan melibatkan 42,888 penerima suntikan dos lengkap; 8,449 (dos pertama) dan 92,325 (dos penggalak).


Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,946,620, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 825,497.

– Bernama

Vaksinasi Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Mula Tahun Depan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori