• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Melaka: Seorang Pengundi Positif COVID-19 Dikesan Keluar Mengundi

oleh Mohd Arshad
20/11/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASJID TANAH : Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengesahkan seorang pengundi pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Jeram di sini, dikesan positif COVID-19.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr Rusdi bin Abd Rahman, individu terbabit disahkan positif COVID-19 sejurus keputusan makmal swasta dikeluarkan pada Sabtu.

“Pada 20 November 2021, Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah telah menerima notifikasi dari COVID-19 Assessment Centre (CAC) Melekek, terdapat seorang kes positif COVID-19 yang telah keluar mengundi di salah sebuah pusat mengundi di daerah Alor Gajah.

“Keputusan ujian bagi pesakit ini diterima dari makmal swasta setelah beliau selesai proses mengundi,” jelas beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Dr Rusdi, individu terbabit tidak menunjukkan sebarang gejala ketika mengundi.

Bagaimanapun, tindakan segera telah diambil bagi memastikan tiada penularan wabak itu berlaku di pusat mengundi berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah telah mengambil tindakan dengan mengarahkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di pusat mengundi terlibat untuk menutup sementara kawasan berisiko termasuk saluran mengundi untuk proses disinfeksi menyeluruh.

“Disinfeksi ini telah dijalankan dengan kerjasama pihak bomba. Pihak SPR telah mengambil langkah segera membuka bilik baharu sebagai saluran mengundi dengan menggunakan peralatan yang baharu,” katanya lagi.

Beliau turut memberitahu, pasukan pemantauan PKD Alor Gajah juga telah diarahkan ke pusat mengundi berkenaan untuk memastikan kawalan infeksi dijalankan secara teratur.

Jabatan Kesihatan Negeri, jelas Dr Rusdi, memandang serius insiden berkenaan dan akan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

“Semua kontak rapat dan sosial sedang disiasat oleh Bilik Gerakan PKD Alor Gajah.

“Sehubungan itu, saya memohon orang ramai agar merujuk kepada kenyataaan rasmi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan JKN Melaka,” kata Dr Rusdi lagi.

Orang ramai boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) Melaka di talian 06-2345999 atau melalui e-mel [email protected] untuk maklumat lanjut.

-Awani

Tags: Covid-19pengundi positifPRN Melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd