• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Individu Positif, Dalam Kuarantin Tidak Dibenarkan Mengundi

oleh Cj Mnh
08/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Individu yang positif COVID-19 atau perlu menjalani kuarantin di rumah atau hospital, tidak dibenarkan hadir ke pusat pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata kawalan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat akan dilaksanakan pada hari pengundian bagi mengawal risiko penularan COVID-19.

Katanya, semua pengundi perlu menjalani saringan dan imbasan suhu badan di pintu masuk pusat mengundi, dan mereka yang bergejala atau memiliki suhu melebihi 37.5 darjah Celsius akan diasingkan di dalam khemah khas.

“Semua pengundi perlu mematuhi SOP asas seperti saringan suhu badan, menggunakan pensanitasi tangan, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal di pusat pengundian.

“Jika ada individu bergejala atau memiliki suhu melebihi 37.5, kita asingkan mereka di dalam khemah bergejala, dan ada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang akan membantu mereka mengundi dan melakukan ujian COVID-19.

“Namun, individu yang memang sudah positif COVID-19 dan dikuarantin di hospital dan sebagainya tidak dibenarkan (hadir) kerana KKM tidak membenarkan mereka keluar,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

BACA – PRN Melaka: Calon Positif COVID-19 Dibenar Bertanding

SOP Pencegahan COVID-19 PRN Melaka di portal SPR memaklumkan pengundi yang positif COVID-19 positif, tidak dibenarkan keluar dari tempat mereka sedang menerima rawatan untuk mengundi kerana berisiko membawa jangkitan kepada awam.

Pengundi berstatus pesakit dalam siasatan (PUI) individu dalam pemantauan (PUS) yang ingin mengundi pula perlu memohon kebenaran Pegawai Kesihatan Daerah di Pejabat Kesihatan Daerah yang mengawasi Arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian berkenaan, untuk keluar sementara ke pusat mengundi.

Kebenaran itu tertakluk kepada penilaian risiko jangkitan oleh Pegawai Kesihatan Daerah berkenaan, dan pengundi perlu mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan KKM.

Mengulas lanjut, Abdul Ghani memberi jaminan kepada pengundi bahawa SOP yang digariskan mencukupi untuk menjamin keselamatan mereka dan mengelak jangkitan COVID-19 di pusat pengundian.

“Kepada pengundi, jangan bimbang. Setakat pilihan raya yang kita laksanakan sehingga hari ini, termasuk di Sabah, tiada kes COVID-19 di pusat pengundian.

“Jadi, pengundi tidak perlu bimbang dan boleh keluar menjalani proses mengundi pada hari berkenaan,” katanya.

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Tags: Covid-19PRN Melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd