• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Lepas Tembakan Di Pub Disiasat

oleh Cj Mnh
16/11/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang anggota polis susulan tindakannya melepaskan tembakan terhadap seorang lelaki orang awam dalam sebuah pub di Bandar Puchong Jaya, Puchong di sini malam tadi.

Difahamkan, anggota berpangkat Sub-Inspektor berusia 56 tahun itu bertugas di sebuah bahagian di ibu pejabat polis di daerah Selangor.

Ketua Polis Serdang, Asisten Komisioner A. Anbalagan berkata, siasatan awal mendapati suspek melepaskan satu das tembakan menggunakan sepucuk pistol dan terkena pada seorang pelanggan lelaki berusia 56 tahun dalam pub berkenaan.

Katanya, akibat itu, mangsa mengalami kecederaan akibat tembakan di bahagian belakang badan dan lengan kiri dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Suspek mempunyai kebenaran membawa senjata api dan pistol yang digunakan ketika kejadian itu dirampas untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak mengenali mangsa dan tiada sebarang provokasi di antara kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat Seksyen 307 Kanun Keseksaan. -Utusan Malaysia

Tags: ditembakInsiden Tembakan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

01/12/2025
0

  KLANG – Seorang lelaki India berusia 27 tahun maut selepas ditembak di hadapan rumahnya dalam kejadian mengejutkan di Taman...

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan

08/01/2025
0

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang dikatakan sedang makan bersama rakannya, maut ditembak penyerang bersenjata dalam kejadian di sebuah kawasan bangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd