• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pintu Persefahaman MN Belum Tertutup – Tok Mat

oleh Mohd Arshad
21/11/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN : Pintu persefahaman antara UMNO dan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) masih terbuka meskipun UMNO menerusi Barisan Nasional (BN) dilihat mampu bergerak bersendirian seperti hasil keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, semalam.

Mengulas mengenai perkara itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kedudukan MN ketika ini adalah terserah kepada Pas.

“Saya selalu cakap, dalam kehidupan, kita mesti buka pilihan kita. Jangan tutup pintu, daripada dulu jika ada yang tanya, Pas kena buat keputusan.

“MN ini terpulang kepada Pas, mahu bersama Perikatan Nasional (PN) ataupun MN, tetapi di Melaka mereka buat keputusan mahu dengan PN, apa yang boleh kami buat? Kami tidak pula mahu hidung tak mancung pipi tersorong-sorong itu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Kebangsaan Persatuan Solidariti Nasional (Persona) Kali Ke-6 Sesi 2020, di sini hari ini.

Mohamad yang juga merupakan Pengarah PRN Melaka BN berkata, UMNO akur dengan kehendak ahli akar umbinya menerusi keputusan yang diambil menerusi Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini iaitu tiada kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Tetapi pada masa yang sama untuk perkukuhkan MN, itu sebabnya, kita hulur tangan dengan syarat gunakan lambang sendiri, kita tidak suruh guna lambang UMNO ataupun BN. Que Sera Sera, whatever will be will be,” katanya lagi.

Pas yang bertanding dalam PRN Melaka menggunakan logo PN tewas di semua lapan kerusi yang ditandingi parti itu. Perkembangan itu memberikan tamparan hebat kepada Pas yang enggan bekerjasama dengan UMNO dan BN dalam PRN Melaka.

-Utusan Online

Tags: PRN MelakaTok MatUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu 3 Kampung Kalimantan Dalam Wilayah Malaysia Masih Dalam Rundingan – Tok Mat

Isu 3 Kampung Kalimantan Dalam Wilayah Malaysia Masih Dalam Rundingan – Tok Mat

26/01/2026
0

SEREMBAN: Isu tiga kampung di Kalimantan Utara, Indonesia, yang dilaporkan kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan masih...

Kejayaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 Dapat Perhatian Dunia – Tok Mat

Kejayaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 Dapat Perhatian Dunia – Tok Mat

19/01/2026
0

SERDANG: Kejayaan negara menganjurkan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, termasuk menghimpunkan pemimpin dunia, mendapat perhatian pada peringkat antarabangsa, kata Menteri Luar, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd