• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan JPJ Seluruh Malaysia Masih Seperti Tahun 80-an

oleh Mohd Arshad
29/11/2021
dalam Berita, Dalam Negara, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Mutu perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa ketinggalan zaman kerana masih mengamalkan layanan seperti dalam era 1980-an apabila pelanggan dikatakan perlu menunggu dan beratur panjang.

Situasi itu didakwa Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL), Mohd. Haron Mohd. Sidik yang memberitahu situasi berkenaan bukan sahaja berlaku di Johor seperti dakwaan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Menurutnya, situasi berkenaan bukan perkara baharu dan mempersoalkan jika kerajaan tidak pernah menyedari masalah itu selama ini.

“Pelanggan masih perlu berbaris panjang di luar pejabat. Pelanggan terdedah dengan hujan dan panas terik.Di mana kesilapan yang sebenarnya? Dari sembang-sembang di kedai kopi, bila menteri turun padang, itu tandanya Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) sudah dekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Ka Siong berkata, sistem perkhidmatan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedia ada berusia lebih 10 tahun kuno dan perlu dimodenkan selari dengan era digitalisasi.

Beliau yang melakukan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat JPJ Johor semalam turut menegur agensi kerajaan tersebut agar memantau kesesakan yang berlaku di ibu pejabatnya, khususnya pada hari Ahad.

Dalam pada itu, Mohd. Haron berkata, tindakan Ka Siong kononnya adalah untuk menunjuk sikap prihatin dengan nasib rakyat, sedangkan beliau memberitahu pernah menegur beberapa kali sebelum ini namun tiada tindakan susulan.

“Ramai dalam kalangan rakyat menegur juga di dalam suratkhabar, facebook dan lain-lain media tetapi macam biasa tiada sebarang usaha untuk membaiki keadaan.

“Kita ambik contoh JPJ Cawangan Petaling Jaya, sudah beberapa kali persatuan tegur, mutu perkhidmatannya sangat teruk,” selarnya.

Jelasnya lagi, di cawangan berkenaan, orang ramai perlu berbaris panjang sehingga perlu buat pusingan di luar pejabat tersebut walaupun dalam keadaan cuaca panas untuk berurusan di kaunter JPJ.

“Bangunan JPJ Petaling Jaya itu dua tingkat tetapi tidak mahu dibaik pulih. Sedangkan ramai pelanggan ke sana setiap hari, duit banyak masuk tetapi malangnya bangunan ini tidak digunakan sepenuhnya,” dakwanya.

UtusanOnline-

Tags: JPJ
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

21/08/2025
0

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 38 kenderaan mewah pelbagai jenama kebanyakan milik golongan kenamaan, termasuk bergelar Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd