• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyandang Kerusi DUN Murum Dikekalkan

oleh Mohd Arshad
28/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELAGA: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon kekal dicalonkan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak-12 (PRN12).

Pengumuman dibuat sendiri Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa menyampaikan ucapan sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sungai Asap, Belaga.

“Saya nak umumkan bahawa Kennedy Chukpai akan tetap dicalonkan dalam PRN12 akan datang.

“Kalau anda memberikan sokongan kepada beliau, maka akan banyak lagi projek pembangunan di sini,” katanya.

Terdahulu Chukpai menerusi ucapannya meminta kerajaan negeri di bawah pentadbiran Abang Jo untuk mempertimbangkan cadangan untuk membangunkan sepuluh projek rakyat di Belaga.

Namun Abang Jo ketika berucap menyatakan bahawa kesemua permintaan itu hanya akan boleh dikaji dan diluluskan sekiranya rakyat kekal memberikan mandat kepada kerajaan pimpinannya.

“Sayang sekali, permintaan ini dibuat semasa kerajaan negeri tidak lagi memiliki mandat.

“Namun sekiranya anda semua ingin projek ini (direalisasikan), berilah sokongan kepada GPS,” tambahnya.

Chukpai merupakan penyandang kerusi Dun Murum sejak 2016.

Pada PRN11, beliau berjaya memperoleh 3,265 undi menewaskan tiga calon lain melibatkan Mathew Silek (DAP), Stanley Ajan Batok (Bebas) dan Abun Sui Anyit (PKR).

Awani-

Tags: PRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terima Kasih Bersatu Dan BN – Abang Jo

Next Post

Royalti Minyak Kelantan: Lagi Jawatan Kuasa Khas Ditubuh?

Related Posts

GPS Menang Besar Di Mulu, Kuasai 76 Dari 82 Kerusi DUN

19/12/2021
0

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan keputusan pilihan raya bagi DUN Mulu dengan kemenangan milik Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ia...

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ketujuh

18/12/2021
0

PETRA JAYA: Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti...

Next Post

Royalti Minyak Kelantan: Lagi Jawatan Kuasa Khas Ditubuh?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd