• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PEDi Perkasa Usahawan Kecil, Tingkat Sosioekonomi Masyarakat

oleh Mohd Arshad
21/11/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Sebanyak 873 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di seluruh negara akan dipertingkatkan dan dipergiatkan sebagai pusat sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia merupakan usaha kerajaan dalam merapatkan jurang digital kerana menyedari kemahiran penggunaan internet mampu membuka peluang ekonomi dan meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Menurutnya, setiap PEDi dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan diperlukan oleh komuniti setempat.

“Selain itu, sebanyak 37 PEDi baharu akan dibuka pada suku pertama tahun 2022 manakala 173 PEDi lagi akan beroperasi menjelang penghujung tahun hadapan menjadikan jumlah keseluruhan 1,083 PEDi beroperasi di seluruh negara.

“Di Bera sahaja, seramai 1,158 peserta yang telah mendaftar sebagai ahli PEDi dan menggunakan pusat ini untuk menghadiri kelas keusahawanan seperti asas fotografi serta cara pemasaran di Shopee dan Yezza.

“Seramai 48 usahawan dilatih di PEDi ini yang mana 47 peratus adalah usahawan yang mengusahakan perniagaan makanan dan minuman, 42 peratus dalam fesyen dan gaya hidup dan antara lain adalah perkhidmatan, agro serta elektronik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan PEDi di Dewan Orang Ramai Kampung Durian Tawar, di sini pada Ahad.

Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Anuar Musa dan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, selain kemudahan infrastruktur, kerajaan yakin dengan adanya Panel Penasihat PEDi, Rakan Digital PEDi dan Usahawan Ikon di setiap PEDi dapat menggalakkan komuniti

setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan serta menggunakan sepenuhnya perkhidmatan di pusat berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan menyasarkan seramai 800,000 usahawan kecil akan mendapat manfaat menjelang 2025.

“Selain itu, melalui Bajet 2022, kerajaan terus memberikan sokongan kewangan kepada PKMS sebanyak RM40 bilion untuk geran, jaminan dan ekuiti dan sebahagian besarnya disediakan untuk PMKS.

“Ia akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 di mana PMKS dijangka dapat menyumbang sebanyak 45 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan 25 peratus daripada jumlah eksport pada tahun 2025,” jelasnya.

-Sinar Harian

Tags: masyarakat luar bandarPEDiusahawan kecil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Isi PADU Di PEDi Lebih Mudah’

‘Isi PADU Di PEDi Lebih Mudah’

04/01/2024
0

POKOK SENA - Orang ramai berpendapat mengisi Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) lebih mudah dan cepat...

RM10 Juta Untuk Usahawan Kecil , Peniaga B40

RM10 Juta Untuk Usahawan Kecil , Peniaga B40

27/06/2022
0

LIPIS : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan RM10 juta kepada 950 usahawan kecil dan peniaga kategori B40 di pinggir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd