• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Bendung Penularan Covid-19 Mula Membuahkan Hasil

oleh Cj Mnh
13/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Fokus utama kerajaan untuk membendung penularan pandemik Covid-19 mula membuahkan hasil berkat kerjasama semua pihak dan pelaksanaan strategi yang berkesan, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sehingga kini berjaya memberi vaksin kepada lebih 95 peratus populasi dewasa dan lebih 66 peratus populasi remaja setakat 2 Nov, merupakan game changer (pencetus perubahan) yang menjadi pemangkin kepada usaha pemulihan ekonomi dengan pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial termasuk pergerakan merentas negeri.

Selain itu, beliau berkata bilangan kes jangkitan harian Covid-19 juga berjaya diturunkan dan memberi kelegaan kepada rakyat serta petugas barisan hadapan.

“Secara umumnya dari segi psikologi, rakyat kini berasa lebih positif kerana telah dapat memulakan semula kehidupan seharian.

“Walaubagaimanapun kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa pandemik dan bersiap sedia memperkenalkan langkah-langkah tertentu demi memelihara nyawa rakyat dan ekonomi negara,” katanya ketika berucap pada Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2021 di Istana Negara di Kuala Lumpur, hari ini.

Ismail Sabri turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas pengorbanan petugas barisan hadapan serta sokongan dan dukungan semua lapisan masyarakat dalam membantu kerajaan memerangi pandemik Covid-19.

“Kerajaan juga amat bersimpati dan merakamkan ucapan takziah kepada mereka yang telah kehilangan ahli keluarga akibat pandemik ini. Sesungguhnya kehilangan ini amat menyedihkan,” katanya.

Perdana menteri berkata kerajaan akan memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan tanpa mengira kaum, bangsa mahupun agama dan untuk tujuan itu, kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk konsep Keluarga Malaysia.

Beliau berkata konsep Keluarga Malaysia sebagai pendekatan pentadbiran negara bersifat inklusif merentasi kepelbagaian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang mengajak seluruh rakyat bersama-sama menggembleng tenaga bagi membawa negara keluar daripada pandemik Covid-19 khususnya memulihkan ekonomi.

Menurutnya, konsep itu telah mendapat maklum balas serta penerimaan positif dalam kalangan rakyat dan ia akan dijadikan falsafah baharu dalam pentadbiran negara.

“Dalam hubungan ini, patik memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT dengan keberhasilan Program Memorandum Persefahaman (CSA) yang ditandatangani antara pihak kerajaan dengan pembangkang. Semua tumpuan kini adalah saling bekerjasama untuk membangunkan negara supaya pulih daripada krisis ekonomi dan kesihatan awam.

“Alhamdulillah hasilnya terlihat jelas dengan perjalanan urusan di Parlimen yang lancar serta konstruktif yang merupakan manifestasi muafakat Keluarga Malaysia serta demokrasi bermusyawarah seperti titah Tuanku,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata sejak pandemik Covid-19 melanda negara, lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi diperkenalkan kerajaan bertujuan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dengan membantu usahawan memulihkan perniagaan mereka.

Beliau berkata indikator awal kejayaan pakej-pakej itu terlihat apabila pertumbuhan ekonomi negara berkembang 7.1 peratus pada separuh pertama 2021.

“Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi diunjurkan berkembang antara tiga hingga empat peratus tahun ini dan terus berkembang antara 5.5 hingga 6.5 peratus berpaksikan asas ekonomi yang kukuh selain kejayaan mengawal pandemik, keberkesanan pelaksanaan program vaksinasi dan keteguhan prospek ekonomi dan perdagangan dunia,” katanya.

– Bernama

Tags: Covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd