• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Polis, Siasat Persembunyian Bukti Kes 1MDB Dan SRC

oleh Cj Mnh
27/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat jika wujud persembunyian bukti material berhubung transaksi wang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International.

Bekas Perdana Menteri itu turut memohon PDRM menjalankan siasatan terperinci berkaitan beberapa pemimpin dan pegawai kanan kerajaan di zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa beliau, sengaja menyembunyikan bukti berkaitan 1MDB

Najib turut mengakui kekecewaannya apabila beliau dan pasukan guamannya tidak dimaklumkan mengenai hubung kait atau urus niaga antara ahli keluarga terdekat bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low

1MDB: PAS Tuntut Penjelasan SPRM, PDRM

Dakwa Najib, tindakan pihak tertentu menyembunyikan fakta dan bukti tersebut menjejaskan usaha pembelaan beliau dalam kes mahkamah

“Kebanyakan rakyat Malaysia terkejut dengan pengesahan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) minggu lepas bahawa baki RM65 juta daripada dana dilaporkan dikaitkan dengan Jho Low dan 1MDB di bank akaun yang dikaitkan dengan keluarga terdekat bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) telah dikembalikan ke Malaysia oleh pihak berkuasa Singapura.

“Laporan media telah mengatakan bahawa sebanyak RM700 juta telah dipindahkan ke akaun bank yang dikaitkan dengan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) sejak tahun 2007 hingga tahun 2013.

“Tiada siapa yang boleh lebih kecewa daripada saya kerana tiada agensi penyiasatan yang pernah mendedahkan kepada saya tentang kaitan keluarga bekas Gabenor (tersebut) kepada Jho Low atau urusan mereka kerana saya telah mempercayainya (Zeti) sepenuhnya semasa saya menjadi Perdana Menteri,” jelasnya.

Najib berkata demikian dalam sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pekan itu juga menegaskan kekecewaannya apabila bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas mengesahkan sedar akan urus niaga tersebut ketika masih memegang jawatan.

“Lebih mengecewakan lagi, pendedahan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dua hari lalu itu (bahawa) dia sedar tentang urus niaga tersebut ketika beliau memegang jawatan seperti dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tunku Jaafar di Parlimen Isnin lalu.

“Bahawa polis telah mengetahui mengenai perkara ini sejak tahun 2019 di bawah rejim kerajaan Pakatan Harapan tetapi masih menyiasat sehingga kini hampir penghujung tahun 2021,” dakwa Najib lagi.

Tambah Najib, maklumat terbabit tidak pernah dimaklumkan kepada beliau dan pasukan undang-undangnya untuk digunakan dalam pembelaannya di mahkamah berhubung kes 1MDB dan SRC International.

“Saya juga dimaklumkan bahawa seorang lagi saksi utama pendakwaan dalam kes SRC saya juga telah menerima lebih daripada RM85 juta dana yang dikaitkan secara langsung dengan 1MDB dan sekali lagi saya dan pasukan undang-undang saya tidak diberitahu tentang perkara ini walaupun individu memainkan peranan penting dalam kes SRC.

“Oleh itu, saya membuat laporan untuk meminta polis menyiasat jika terdapat percubaan yang disengajakan untuk disembunyikan bukti material daripada saya dan semua rakyat Malaysia oleh individu penting di Pejabat Peguam Negara dan SPRM yang dilantik semasa pentadbiran Pakatan Harapan,” jelasnya lagi.

Awani-

Ikuti Twitter Mynewshub di sini 

Tags: 1MDBsrc
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd