• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Merdeka 118 Kini Menara Kedua Tertinggi Di Dunia – PM

oleh Mohd Arshad
30/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Penyempurnaan puncak menara Merdeka 118 hari ini meletakkan menara itu sebagai menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa, malah menjadi menara tertinggi di Malaysia serta Asia Tenggara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui bangga kerana puncak menara ini dapat disempurnakan walaupun negara berhadapan dengan pandemik Covid-19.

“Ini bukan sahaja satu pencapaian yang hebat dalam bidang kejuruteraan, malah mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai negara yang moden dan maju.

“Saya juga difahamkan, Merdeka 118 akan menjadi menara pertama di Malaysia mencapai tiga penarafan platinum hijau dalam persijilan kelestarian antarabangsa serta persijilan WELL yang berprestij.

“Ini menjadikan Merdeka 118 menjadi penanda aras industri di Malaysia sebagai menara ikonik untuk masa depan,” katanya ketika merasmikan majlis pemasangan puncak menara Merdeka 118 hari ini.

masa sama, Ismail Sabri menyifatkan pembinaan Merdeka 118 bakal memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia.

“Menara ini akan menjadi pemangkin baharu ekonomi bagi Kuala Lumpur, sekali gus melengkapi kawasan-kawasan lain yang sedang rancak membangun seperti KLCC dan KL Sentral.

“Pembangunan Merdeka 118 juga dapat memberi peluang kepada masyarakat setempat terutamanya di kawasan yang berdekatan seperti Petaling Street, Kampung Attap serta Pudu untuk menjana ekonomi,” katanya.

Tambahnya, Merdeka 118 dilihat turut membawa semangat Keluarga Malaysia kerana selain memberi peluang komuniti setempat membangunkan perniagaan, program atau aktiviti juga boleh diadakan bagi menambahkan daya tarikan di kawasan sekitar Merdeka 118 menerusi Program Geran Komuniti Merdeka 118.

“Permohonan Geran Merdeka 118 ini telahpun dibuka pada 28 Jun sehingga 20 Ogos 2021, di mana Keluarga Malaysia boleh memohon untuk mendapatkan tiga jenis geran iaitu sukan, seni dan komuniti perniagaan.

“Langkah ini secara langsung dapat menggalakkan penglibatan Keluarga Malaysia dalam perkongsian idea untuk mengaktifkan semula komuniti, membina lebih banyak peluang untuk pertumbuhan sosioekonomi,” katanya.

Di samping itu, Ismail Sabri juga menganggap pembinaan Merdeka 118 sebagai cerminan penyatuan warisan dan sejarah Malaysia dengan evolusi masa depan selain mampu menghidupkan kembali kawasan bersejarah di Kuala Lumpur.

“Hal ini dapat dilihat melalui usaha yang diambil oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk memelihara khazanah negara kita iaitu Stadium Merdeka dan Stadium Negara melalui kerja pemuliharaan yang telah giat dijalankan.

“Usaha ini adalah selaras dengan visi kerajaan untuk membangunkan Daerah Kreatif dan Budaya Kuala Lumpur (KLCCD) melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Think City dan Jabatan Warisan Negara.

“Pelan Induk Strategik KLCCD ini bertujuan untuk mewujudkan ekosistem berpusatkan kreativiti dan budaya yang mampu merangsang ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat di Malaysia,” katanya.

Justeru, beliau menyifatkan Merdeka 118 kini bersedia menjadi sebahagian daripada pembaharuan Kuala Lumpur dengan sejarah, rekreasi, sukan dan hiburan yang akan diaktifkan semula di ibu kota Malaysia.

“Saya teruja menantikan kesan positif serta nilai yang akan dibawa oleh mercu tanda baru ini kepada kawasan bersejarah Kuala Lumpur ini.

“Ia sememangnya satu pencapaian yang signifikan bagi Malaysia dan mencerminkan kejayaan serta kemajuan yang bakal kita capai sebagai sebuah negara selain simbol sebagai simbol rakyat Malaysia yang bersatu-padu,” katanya.

-Utusan Online

Tags: menara kedua tertinggi di duniaMerdeka 118
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Varian Baharu Jadikan Pandemik Lebih Panjang

Next Post

Pas Sahkan Bertanding Di PRN Sarawak, Kurang 11 Kerusi

Related Posts

Merdeka 118, Menara Kedua Tertinggi Di Dunia

27/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Malaysia akan mencatat satu lagi rekod dunia apabila menara mega Merdeka 118 akan siap sepenuhnya pada suku...

Merdeka 118 Cecah Paras Tertinggi Pada Tingkat 118

08/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Subsidiari milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), PNB Merdeka Ventures meraih satu peristiwa penting selepas menara ikoniknya...

Next Post

Pas Sahkan Bertanding Di PRN Sarawak, Kurang 11 Kerusi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd