Sample Page Title

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan dakwaan beliau menggesa pengguna di negara ini untuk memakan itik sementara kerajaan mengkaji kenaikan harga ayam.

Nanta berkata dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu yang tidak sensitif dan seperti mempersendakan rakyat yang sedang dalam kesusahan.

“Sebagai seorang yang datang dari kawasan pedalaman di Kapit Sarawak, isu-isu seperti ini sememangnya amat dekat di hati saya dan bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan.

“Saya dan semua warga KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) amat mengambil serius isu kenaikan harga barangan yang menekan rakyat.

“Sebagai menteri, tentunya saya sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian bagi isu seumpama ini,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau.

Kenyataan itu dibuat susulan satu gambar tular menunjukkan Nanta menggesa pengguna di Malaysia untuk memakan itik sementara kerajaan mengkaji kenaikan harga ayam.


Sementara itu, Nanta berkata usaha mencari jalan penyelesaian masalah harga barang memerlukan masa kerana melibatkan pelbagai kementerian dan agensi lain sebelum kerajaan dapat memberikan satu penyelesaian.

Beliau berkata isu kenaikan harga barangan sememangnya membelenggu dunia dan bukan sahaja Malaysia.

“Ini adalah kesan daripada penularan wabak Covid-19 yang telah melumpuhkan aktiviti ekonomi sejak sekian lama.

“Saya mohon kepada semua Keluarga Malaysia, janganlah kita mengeruhkan lagi keadaan dengan menyebarkan perkara-perkara berunsur fitnah seperti ini,” katanya.

-Malaysia Kini

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...