• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Serbu Majlis Pendaftaran Ahli Kumpulan Kongsi Gelap

oleh Cj Mnh
29/11/2021
dalam Berita, Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sekumpulan lelaki dipercayai ahli kongsi gelap yang berselindung menggunakan nama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sedang mengadakan majlis pengenalan di sebuah restoran mewah, di Seberang Jaya di Pulau Pinang terkedu apabila diserbu pihak polis dalam serbuan pada Sabtu lepas (27 Nov).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang SAC Rahimi Ra’ais berkata 40 lelaki berusia lingkungan 22 hingga 56 tahun berasal dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis ditahan selepas pihak polis menyerbu restoran mewah itu pada 9.30 malam hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan pihaknya.

“Kumpulan (kongsi gelap) itu dipercayai menganjurkan majlis pengenalan dan pendaftaran ahli baru mereka dengan mengadakannya di restoran mewah tersebut bagi mengaburi serta mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook Polis Diraja Malaysia(PDRM) Pulau Pinang, hari ini.

Serbuan itu dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Katanya siasatan awal polis mengesyaki kumpulan kongsi gelap itu juga cuba mengaburi pihak berkuasa dengan berselindung di sebalik sebuah NGO bagi menghidupkan kembali pengaruh mereka di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Rahimi berkata pemeriksaan yang dijalankan oleh polis juga mendapati lapan orang daripada semua mereka ditahan itu mempunyai tatu bagi sebuah pertubuhan haram dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan rangkaian kumpulan kongsi gelap tersebut.

Katanya dalam serbuan itu, polis turut merampas 56 telefon bimbit pelbagai jenama dan dua bentuk cincin, seutas rantai serta sepasang subang yang mempunyai lambang sebuah pertubuhan haram.

“Kesemua mereka direman untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 iaitu kesalahan menganggotai pertubuhan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

-Bernama

Tags: Ahli Kongsi GelapKongsi Gelap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

15/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Empat belas remaja, termasuk pelajar sekolah antara 61 individu ditahan dalam serbuan polis ke lokasi dipercayai tempat upacara...

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

29/05/2024
0

Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd