• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Kematian Zulfarhan, 6 Tertuduh Terlepas Hukuman Gantung

oleh
02/11/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlepas hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan mereka disabitkan bersalah di bawah Seksyen 299 dan dihukum mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang dipinda daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Bukti menunjukkan keenam-enam tertuduh didakwa mencederakan hingga menyebabkan kematian tanpa niat membunuh Zulfarhan.

Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, mereka bersama 12 lagi penuntut UPNM disabitkan di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dengan sengaja menyebabkan cedera bagi memeras pengakuan bersalah atau bagi memaksa supaya harta dipulangkan.

Hukuman ini membawa kepada penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Seramai 12 lagi tertuduh ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi hingga 5.30 pagi 21 Mei 2017.

Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017. – myMetro Online

Tags: kematianMembunuhpenuntut UPNMZulfarhan Osman Zulkarnain
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Tempah 87.9 Juta Dos Vaksin COVID-19

Next Post

Beri Kelonggaran Murid Tak Pakai Pakaian Seragam

Related Posts

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Kertas Siasatan Penuntut UPNM Dipijak Senior Akan Dirujuk Ke TPR

Kertas Siasatan Penuntut UPNM Dipijak Senior Akan Dirujuk Ke TPR

17/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes buli seorang penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa dipijak senior pada 21...

Next Post

Beri Kelonggaran Murid Tak Pakai Pakaian Seragam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd