• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kek Bulan Berlogo Halal Ada DNA Babi

oleh Mohd Arshad
25/11/2021
dalam Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) mengesahkan produk makanan kek bulan keluaran sebuah syarikat yang beroperasi di sini adalah tidak halal, berikutan terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) babi yang dikenal pasti di dalamnya.

Setiausaha MUIS, Ramlan Awang Ali, berkata ini dibuktikan melalui keputusan ujian makmal daripada Jabatan Kimia Malaysia bertarikh 1 November yang menemukan DNA haiwan iaitu babi pada sampel kuih bulan keluaran syarikat berkenaan.

Beliau berkata, aduan mengenai isu halal bagi kuih bulan keluaran syarikat itu dibuat pada 16 September lalu dan ia disusuli pemeriksaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Sabah pada 23 September.

“MUIS menerima laporan secara bertulis pada 16 November lalu daripada JHEAINS bagi memanggil pihak syarikat berkenaan untuk datang ke Pejabat MUIS pada 19 November bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“MUIS mendapati bahawa sijil halal syarikat itu telah tamat tempoh pada 15 Mei dan syarikat itu mengakui kesilapan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, MUIS berpandangan bahawa syarikat berkenaan telah melakukan ketidakakuran syariah yang berkaitan dengan produk makanan kek bulan yang dkeluarkan oleh syarikat itu.

Mengulas lanjut Ramlan berkata, pihaknya memandang serius mengenai pelanggaran dan ketidakakuran syariah serta bertentangan dengan dasar syarak dalam produk makanan yang mempunyai DNA babi.

“Oleh itu, MUIS telah mengambil tindakan dengan membekukan akuan permohonan pembaharuan syarikat ini dalam sistem MyeHalal dan menarik balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) syarikat ini.

“Dengan penarikan balik SPHM ini, syarikat ini adalah dilarang sama sekali mengunakan SPHM dan logo Halal Malaysia untuk sebarang tujuan perniagaan, publisiti atau lain-lain di dalam atau di luar premis atas nama syarikat ini.

“Pihak MUIS juga menasihatkan semua pihak yang mengunakan sijil dan logo halal Malaysia supaya menjaga kepentingan serta sensitiviti masyarakat Islam dalam memastikan makanan, produk atau barang gunaan yang dikeluarkan sentiasa patuh syariah,” katanya.

-Berita Harian

Tags: DNA Babikek bulan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada DNA Babi Dikesan Pada Gegelang Sotong

16/03/2022
0

Putrajaya : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan tiada identifikasi porsin (DNA babi) dikesan pada sampel...

‘Pork Meat Test’ Bukan Untuk Kesan DNA Babi

07/02/2019
0

IFTITAH Solutions (M) Sdn. Bhd., pemilik jenama Rapidtest dan produk Pork Meat Test menegaskan bahawa produk itu bukan berfungsi untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd