• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Pork Meat Test’ Bukan Untuk Kesan DNA Babi

oleh
07/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IFTITAH Solutions (M) Sdn. Bhd., pemilik jenama Rapidtest dan produk Pork Meat Test menegaskan bahawa produk itu bukan berfungsi untuk mengesan DNA babi seperti ditularkan dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Syukor Othman berkata sebaliknya produk itu adalah satu daripada mekanisme saringan berasaskan prinsip immunokromatografi iaitu ikatan antigen antibodi yang digunakan untuk mengesan unsur protein babi.

“Kami ingin menjelaskan bahawa Pork Meat Test adalah alat yang sesuai digunakan oleh pengguna sebagai mekanisme saringan terhadap produk yang diragui selain amat berguna kepada pelancong luar negara.

“Ujian yang dilakukan lebih kepada usaha individu meningkatkan keyakinan mereka terhadap sesuatu produk yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang mekanisme ujian yang dapat dijalankan sendiri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa keputusan ujian itu hanyalah untuk menentukan kehadiran unsur protein babi dan bukan penentuan halal dan haram sesuatu produk.

“Kami berpendirian bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah badan berautoriti untuk menentukan status halal atau haram dan Jabatan Kimia Malaysia adalah pihak yang perlu dirujuk dalam penentuan kandungan dalam sesuatu produk,” katanya.

Sebelum ini, tersebar mesej mengenai syarikat itu yang didakwa sebagai pengedar produk pengesan kandungan DNA babi dalam makanan yang kaedah mengesan DNA tersebut adalah melalui kit pengesan yang boleh diketahui keputusannya dalam masa hanya 10 minit.

Susulan itu Jakim menjelaskan, hanya keputusan oleh makmal Jabatan Kimia Malaysia sahaja yang boleh dijadikan bukti bagi mana-mana kes pengesanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk makanan. – BERNAMA

Tags: DNA Babi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada DNA Babi Dikesan Pada Gegelang Sotong

16/03/2022
0

Putrajaya : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan tiada identifikasi porsin (DNA babi) dikesan pada sampel...

Kek Bulan Berlogo Halal Ada DNA Babi

25/11/2021
0

KOTA KINABALU : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) mengesahkan produk makanan kek bulan keluaran sebuah syarikat yang beroperasi di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd