• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terpedaya Penipuan Tawaran Giliran Haji Lebih Awal

oleh Mohd Arshad
20/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji yang menawarkan giliran lebih awal untuk menunaikan ibadah haji, khususnya ketika aktiviti rentas negara dibenarkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata jika aktiviti penipuan itu tidak dibanteras dan ditangani, ia dikhuatiri akan memperdayakan bakal jemaah dan pendeposit di Tabung Haji (TH) sehingga kerugian sejumlah wang yang besar.

“Penipuan ini biasa, bukan TH sahaja terkena, ada yang libatkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, pesara kerajaan yang dapat pencen dan lain-lain. Seelok-eloknya kena dengar pengumuman rasmi TH (tentang giliran menunaikan haji).

“Perkara ini membimbangkan bukan sahaja dari aspek pengoperasiaan tetapi juga untuk jemaah dan pendeposit. Kita selalu uar-uarkan perkara ini di semua platform iaitu kita tidak memberi tawaran badal haji dan tawaran haji kecuali melalui giliran seperti sebelum ini.

“Kalau ada yang kata masukkan duit, bagi nama, itu tidak betul. Panggilan tawaran haji biasanya kita buat disusuli dokumen, bukan melalui aplikasi WhatsApp,” katanya dalam sidang media selepas menyerahkan bantuan zakat di bawah Program TH Prihatin 2021 Perak kepada peniaga kecil yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di Ipoh hari ini.

Beliau merujuk kepada aktiviti penipuan membabitkan tawaran ke Tanah Suci, Makkah yang menggunakan aplikasi WhatsApp kononnya bakal jemaah atau pendeposit akan mendapat giliran lebih cepat tanpa perlu menunggu panggilan daripada TH, setelah membayar sejumlah wang.

Idris berkata sehubungan itu, bakal jemaah dan pendeposit yang ada menerima mesej mengenai tawaran mengerjakan ibadah itu daripada aplikasi tersebut diminta melaporkannya kepada pihak berkuasa dan TH untuk tindakan seterusnya.

“Elok buat laporan agar TH boleh kesan nombor telefon dan identiti (dalang penipuan),” katanya dan menambah laporan boleh dibuat dengan menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 0362071919.

Dalam pada itu, ditanya mengenai status Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH, Idris berkata senarai keanggotaan membabitkan tujuh individu telah diputuskan dan disiapkan semalam untuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong Jumaat depan.

Menurutnya, jika diperkenankan, RCI ini tidak akan mengganggu gugat pengoperasian, urusan deposit dan segalanya yang membabitkan TH ketika ini kerana ia diwujudkan bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan badan tersebut antara 2014 hingga 2020.

Penubuhan RCI mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) pada Julai lepas bertujuan membolehkan siasatan lanjut dapat dibuat terhadap perkara berbangkit dan perakuan sewajarnya dapat dikemukakan kepada kerajaan bagi memulihkan imej serta keyakinan rakyat terhadap kewibawaan TH.

– Bernama

Tags: Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd