• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

James Jemut Masing Selamat Disemadikan Jam 2.30 Petang Tadi

oleh Mohd Arshad
03/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAU: Mendiang Tan Sri James Jemut Masing selamat disemadikan di Nirvana Memorial Park, Jalan Siniawan, di sini, jam 2.30 petang.

Jasad mendiang dibawa dari Persatuan Gereja Sarawak, Jalan Stampin pada jam 1 tengah hari setelah selesai majlis penghormatan akhir dilangsungkan di Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS), Jalan Stampin, Kuching.

Ketibaan pada jam 2 petang diiringi balu mendiang, Puan Sri Corrine Masing dan lima orang anaknya untuk upacara sembahyang sebelum dikebumikan.

Berpakaian hitam dan putih, upacara pengebumian mengikut istiadat keagamaan penganut beragama Kristian itu turut dihadiri barisan ahli kabinet kerajaan negeri, anggota keluarga dan rakan mendiang.

Penyerahan bendera penghormatan Sarawak kepada balu dilakukan oleh Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak, Datuk John Sikie Tayai.

Beberapa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kakitangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut hadir bagi memantau dan memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) sentiasa dipatuhi sepanjang ucapacara pengebumian berlangsung.

Terdahulu, majlis penghormatan akhir telah dilakukan selama tiga hari bermula Isnin dan Selasa di kediaman mendiang di Jalan Ong Tiang Swee, Kuching dan pada hari ketiga (Rabu) di Persatuan Gereja-gereja Sarawak, Jalan Stampin dari pukul 8.30 pagi sehingga 1.30 tengah hari.

Awani-

Tags: Tan Sri Dr James Jemut Masing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Abang Johari Sebak, Pemergian Masing Kehilangan Besar Sarawak

31/10/2021
0

LAWAS : "Saya amat sedih yang mana pagi ini beliau (Tan Sri James Jemut Masing) telah menghembuskan nafas terakhir. Sumbangannya...

Jadikan Kapit Bandar Pejalan Kaki – Masing

01/03/2018
0

KAPIT – Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing hari ini mencadangkan supaya Kapit dijadikan sebuah bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd