• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ia Adalah Pilihan Saya,” Kata ‘Karen Dior’

oleh Mohd Arshad
08/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, tular video seorang wanita warga asing digelar sebagai ‘Karen’ membuat kecoh di hadapan butik sebuah pusat beli-belah selepas dilarang memasukinya tersebut kerana tidak memakai pelitup muka.

Karen-Mynewshub

Selepas isu tersebut dilihat agak reda, wanita itu memuat naik satu video di laman Twitter dan bercakap mengenai kebebasan dan hak untuk membuat pilihan.

“Selamat pagi, saya Kerry atau orang kenal sebagai ‘Karen Dior’, dari Manchester ke Malaysia dengan aman dan cinta sejak 20 tahun lepas. Jiwa saya, anak-anak saya semuanya di sini.

“Lagu kita ialah kebebasan, kebebasan untuk pilih apa kita makan, ke mana kita pergi, kita pergi dengan siapa, apa kita lakukan kepada badan kita secara perubatan atau sebaliknya. Ia adalah pilihan, pilihan anda, pilihan saya.

“Banyak negara sudah tarik balik mandat (pakai pelitup muka), ada pautan di bawah, anda dijemput baca dan nyatakan pendapat anda,” katanya menerusi video berdurasi lebih dua minit di laman Twitter tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut mendapat hampir 100,000 tontonan dan komen-komen di video tersebut pula menunjukkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia terhadapnya yang enggan mengikut peraturan ditetapkan kerajaan.

Sedang Dibaca Ramai >> ‘Raja Dadah’ Seperti Pablo Escobar Bakal Muncul Di Malaysia?

Bahkan, selebriti tempatan, Diana Danielle turut sama menulis komen pada video tersebut.

“Anda boleh pergi ke negara di mana mereka tidak menggunakan undang-undang ini, tetapi di negara ini menjaga kesihatan satu sama lain adalah lebih penting daripada ‘keperluan’ individu.

“Anda boleh menjangkiti orang lain jika anda keluar tanpa memakai pelitup muka. Banyak negara Eropah bergelut dengan peningkatan kes berikutan kebebasan pilihan tanpa had itu,” tulisnya.

Baru-baru ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dalam satu kenyataan berkata wanita warga asing tersebut dikenakan dua kompaun masing-masing berjumlah RM1,500.

Kompaun itu dikeluarkan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah- Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 bagi kedua-dua kesalahan.

Sebelum itu, tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang ‘minah saleh’ yang dilihat bertengkar dengan pengawal keselamatan selepas cuba memasuki pusat beli-belah Bangsar Shopping Centre (BSC) tanpa memakai pelitup muka.

Itu merupakan kejadian kedua selepas wanita yang sama sebelum ini turut didakwa tidak memakai pelitup muka dan menimbulkan kekecohan di sebuah butik mewah di pusat beli-belah KLCC.

Awani-

Siakap Diternak Ada Cacat Bentuk, Tinggi Asid Lemak

Tags: Covid-19pelitup muka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Galak Pemakaian Pelitup Muka, Pantau Rapi Kes Influenza Di Sekolah

KPM Galak Pemakaian Pelitup Muka, Pantau Rapi Kes Influenza Di Sekolah

11/10/2025
0

NIBONG TEBAL - Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan pemakaian pelitup muka di sekolah sebagai langkah berjaga-jaga susulan peningkatan gejala penyakit berjangkit,...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd