• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengertian Taubat Menurut Islam

oleh Cj Mnh
15/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Taubat adalah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah. Setiap individu disuruh bertaubat untuk menyucikan diri dari dosa besar dan kecil, sama ada dilakukan dengan sengaja mahupun tidak.

Hukum bertaubat adalah wajib sama ada dosa kepada Allah s.w.t mahupun dosa ses ama manusia. Jika dosa itu berkaitan dngan manusia, hendaklah meminta maaf daripada manusia terbabit. Sekiranya dosa berkaitan dengan harta benda, hendaklah dikembalikan harta tersebut kepada tuannya. Bertaubat kepada Allah hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan hati yang ikhlas kerana taubat yang tiada keikhlasan tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap individu terbabit. Taubat yang terbaik adalah taubat yang penuh penyesalan, keinsafan dan rasa rendah diri kepada Allah s.w.t. Di dalam Islam, digariskan cara-cara memohon keampunan dan rahmat Allah s.w.t :

Menyesal, menginsafi & berazam tidak akan mengulangi dosa yang telah dilakukannya
Beristighfar memohon keampunan Allah s.w.t
Beramal kebajikan
Mensyukuri nikmat Allah s.w.t.
Berdoa memohon kesejahteraan hidup di dunia & hari Akhirat

Sebab-sebab Allah menerima taubat

Allah s.w.t Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani
Supaya hamba-Nya bersih daripada dosa dan memperoleh kebahagian di syurga kelak
Supaya seseorang itu melakukan kebaikan dan mencegah dari kejahatan
Orang yang bertaubat akan benci akan dosa-dosa lampaunya
Orang yang bertaubat tidak akan mengulangi dosa-dosa lampaunya
Hanya Allah s.w.t sahaja yang berhak mengampuni dosa hamba-Nya.

Tujuan taubat

Mempeliharakan diri yang suci dari dosa terutama pada hari perhitungan di akhirat kelak

Ibadat yang dilakukan diterima Allah s.w.t.
Dapat mengerjakan ibadat dengan sempurna
Mendapat balasan yang baik pada hari akhirat
Mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t.
Jiwa dan perasaan tenang
Ayat berkaitan taubat

“Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat daripada hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang telah mereka lakukan). Dan Dia mengetahui apa yang kamu semua kerjakan.” Surah as-Syura : 25

“Sesungguhnya Allah s.w.t suka kepada orang-orang yang bertaubat dan menjaga kebersihan.” Surah al-Baqarah : 222

Hukum Makan Katak Ikut Mazhab

Perbezaan Buah Mata Kucing Dan Longan

Bolehkah Solat Jamak Qasar Di Kampung Ibubapa?

Tags: hukum
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi

13/12/2021
0

1. Pada hari jumaat ini perbanyakkanlah berselawat. Mereka yang banyak berselawat akan diampunkan dosa mereka. Perkara ini direkodkan dalam sebuah...

Doa Yang Diajarkan Rasulullah Kepada Fatimah

07/12/2021
0

  1. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Tabrani, Rasulullah ﷺ dikatakan pernah masuk ke rumah Saidatina Fatimah, dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd