• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gua Kelam, Taman Eko Rimba Bukit Ayer Berisiko Berlaku Kepala Air

oleh Mohd Arshad
11/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR: Gua Kelam di Kaki Bukit dan Taman Eko Rimba Bukit Ayer di Bukit Bintang dekat sini, dikenal pasti sebagai kawasan berisiko berlaku insiden kepala air sekiranya hujan lebat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis Muhamad Firdaus Yusop berkata sebelum ini kejadian kepala air biasa berlaku di kawasan terbabit namun tidak terlalu buruk seperti di negeri lain.

“Setakat ini, JBPM belum menerima sebarang aduan atau panggilan mengenai kejadian ini (kepala air) namun kita akan membuat pemantauan di kawasan tersebut sekiranya hujan lebat.

“Sehingga hari ini, alhamdulilah tiada kes kemalangan atau kejadian yang tidak diingini berlaku akibat kepala air, tetapi harus diingat kita tidak boleh alpa, sebarang kejadian harus dilaporkan segera kepada pihak berkuasa,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Muhamad Firdaus sehubungan itu menasihatkan orang ramai supaya merancang segala aktiviti terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Sementara itu beliau berkata keadaan banjir di negeri ini masih terkawal dan telah surut walaupun hujan lebat sejak beberapa hari lepas.

Katanya pihaknya akan sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir besar di negeri itu.

Bernama-

Tags: Bombakepala air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd