• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: Doktor Sungai Buloh Beri Amaran ‘Gelombang Disember’

oleh Cj Mnh
18/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang doktor yang bertugas di hospital Sungai Buloh memberi amaran mengenai kemungkinan gelombang baru Covid-19.

Dalam satu ciapan di Twitternya, Dr Azfar Kamal berkata, wad rawatan biasa dan unit rawatan rapi untuk pesakit Covid-19 di hospital itu semakin meningkat dengan pesakit kategori 4 dan kategori 5.

Kategori 4 merujuk kepada pesakit yang bergejala, mengalami radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen, manakala kategori 5 merujuk kepada pesakit yang kritikal.

“Rakyat Malaysia yang dihormati. Tolong waspada kita menjangkakan gelombang seterusnya Covid-19 pada Disember.

“Akan ada lonjakan kes untuk dua minggu akan datang. Pusat Covid sedang bersiap sedia untuk menjangka gelombang seterusnya.

“Wad dan unit rawatan rapi (ICU) hospital kembali dipenuhi oleh pesakit COVID-19 kategori empat dan lima,” ciapnya.

Sehubungan itu, dia menggesa rakyat Malaysia supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, kerap mencuci tangan, menggunakan pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan memberitahu Malaysiakini bahawa Hospital Sungai Buloh akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi mengenai situasi di hospital itu.

Nilai kebolehjangkitan (R-naught) bagi Covid-19 ialah 1.04 setakat semalam. Selagi angka itu melebihi 1.00, ia menunjukkan penularan Covid-19 yang semakin pantas.

Hospital Sungai Buloh adalah hospital utama merawat pesakit Covid-19 di Lembah Klang.

Kemasukan harian pesakit Covid-19 di Lembah Klang sejak tujuh hari lalu meningkat 17 peratus berbanding tempoh sebelumnya.

Walaupun hampir 94.1 peratus penduduk Lembah Klang telah menerima vaksinasi Covid-19, individu yang divaksin masih boleh dijangkiti virus itu.

Vaksinasi mengurangkan risiko penyakit yang serius akibat Covid-19 namun dengan menurunnya imuniti dan individu yang memiliki penyakit sedia ada masih boleh mendapat kesan yang serius jika dijangkiti virus berkenaan.-MALAYSIAKINI

Tags: Covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd