• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Varian Delta Plus Dikesan Dari 2 Pelajar Pulang Dari UK

oleh AK-47
06/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan penemuan dua kes pertama Covid-19 subvarian Delta AY.4.2 di negara ini, melibatkan pelajar Malaysia yang baru pulang dari United Kingdom (UK).

Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan dua kes itu dikesan ketika mereka tiba di pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 Okt lepas.

Katanya kedua-dua mereka telah menjalani ujian RT-PCR dan didapati negatif pada sampel pertama sebelum disahkan positif menerusi sampel kedua yang diambil pada 7 Okt semasa dalam tempoh kuarantin.

“Sampel ini menjalani penjujukan genom penuh di Institut Biologi Molekul Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UMBI-UKM) dan laporan keputusan telah dikeluarkan pada 30 Okt lepas,” katanya.Noor Hisham berkata varian AY.4. adalah antara 75 jenis lineage yang berasal dari Delta dan antara sublineage ialah varian AY.4.2 yang juga dikenali sebagai Delta Plus.

“Varian AY.4.2 mempunyai dua mutasi tambahan pada protein spike iaitu Y145H dan A222V dan sehingga akhir Okt lepas, variant AY.4.2 merupakan 10 peratus daripada jumlah penjujukan genom penuh yang dijalankan di UK,” katanya.

Menurutnya Agensi Keselamatan Kesihatan UK pada 20 Okt lepas menetapkan AY.4.2 sebagai varian dalam siasatan (VUI).

“Untuk makluman, vaksin yang digunakan sekarang masih berkesan terhadap varian ini dan langkah-langkah seperti kuarantin, pengujian, dan sebagainya yang dijalankan dapat membantu mengurangkan risiko penularannya di Malaysia terutama di PMA.

“KKM akan terus memantau dengan teliti dari semasa ke semasa bagi mengesan kewujudan subvarian Delta dalam komuniti,” katanya.

Noor Hisham seterusnya memaklumkan kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan UMBI-UKM masing-masing telah mengenal pasti sebanyak 44 dan 46 kes baru varian yang membimbangkan (VOC) Delta (B.1.617.2).

Katanya jumlah kumulatif kes yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI kini sebanyak 3,782 kes, iaitu 3,762 kes VOC dan 20 kes VOI.

Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 3,522 kes varian Delta, Beta (226 kes), dan Alpha (14 kes) manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, Kappa (empat kes) dan Eta (tiga kes). – Bernama

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

58 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Dapat Kelulusan Bersyarat

Tags: Covid-19Varian Delta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd