• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siapakah Talut Dan Jalut Di Zaman Nabi Daud a.s

oleh Cj Mnh
10/11/2021
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Nabi Daud A.S ialah nabi dan juga raja Bani Israel.

Semenjak masih muda, baginda telah menyertai tentera Bani Israil di bawah pimpinan Raja Talut melawan pasukan tentera bangsa Palestin yang dipimpin Jalut (Goliath).

Malahan Nabi Daud A.S berjaya membunuh Jalut, sehingga dipuji sebagai pahlawan perang.

Nabi Daud A.S menggantikan Talut sebagai raja. Allah SWT mengangkat Nabi Daud A.S sebagai nabi dan rasul-Nya.

Mynewshub-Daud

Kepadanyalah diturunkan kitab Zabur. Beliau memiliki sejumlah mukjizat, seperti suara yang merdu, kecerdasan akal, mengerti bahasa burung dan kebolehan melembutkan besi.

Firman Allah: ”Dan Sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud karunia dari Kami. ( Kami berfirman ) : Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud dan Kami telah melunakkan besi untuknya. ( Iaitu ) buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya, dan kerjakanlah amalan yang saleh. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan.” ( QS. As-Saba’ : 10-11 ).

Nabi DAUD A.S adalah anak bongsu dari tiga belas adik beradik. Ayahnya bernama Yisya. Ia adalah generasi ke-13 dari keturunan Nabi Ibrahim A.S . Berasal dari keluarga Bani Israil. Mereka bermukim di Betlehem iaitu sebuah kota kelahiran Nabi Isa a.s.

Ketika mulai dewasa, Nabi Daud A.S dan dua abangnya ikut serta berperang melawan pasukan Jalut dari Palestin yang menjajah Bani Israil. Kerana berhasil mengalahkan Jalut, Nabi Daud a.s dinikahkan oleh Raja Talut dengan Mikyal, putrinya. Mikyal sangat setia kepada Nabi Daud A.S .

Mynewshub-Daud

Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir” (Al-Baqarah 2:250)

Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut.

Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya.

Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam. (Al-Baqarah 2:251)

Raja Talut, yang sebelumnya berniat membunuh Nabi Daud A.S , akhirnya meninggalkan mahkota kerajaannya dan Nabi Daud a.s dinobatkan menjadi raja Bani Israil selepas itu ketika beliau berusia bawah 30 tahun. Ia kemudian menjadikan Baitulmaqdis ibukota kerajaannya.

Ketika berusia 40 tahun, Nabi Daud A.S menerima risalah kenabian. Allah Swt. memberinya kitab Zabur (Q.4:163; 17:55) dan beberapa mu’jizat. Nabi Daud a.s. memerintah Bani Israil selama sekitar 40 tahun dan dianugerahi usia 100 tahun 6 bulan

Petikan: Dunia Melayu Islam – Malaysia

HANGAT DIBACA :

Pedang Salahuddin Al-Ayubbi Memeningkan Pengkaji Barat

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Tags: hukumislam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Empat Beradik Disyaki Rogol Adik Ditahan

Next Post

Positif Covid-19, Nagaentran Akan Dirawat Sebelum Digantung

Related Posts

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

07/02/2025
0

SHAH ALAM - UMNO menggesa semua pihak supaya menghentikan polemik berhubung garis panduan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan...

TERKINI: ‘Saya Baru Hantar Isteri Ke KLIA, Terkejut Bila Dapat Khabar Kematiannya’

Tak Boleh Berdoa Di Kubur Bukan Islam Kecuali…

19/05/2024
0

Kuala Lumpur: "Pada prinsip asasnya tidak boleh doa kepada orang bukan Islam di perkuburan itu. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Next Post

Positif Covid-19, Nagaentran Akan Dirawat Sebelum Digantung

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd