• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Perlu Mandat Majukan Melaka

oleh Mohd Arshad
12/11/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali meminta rakyat negeri ini memberi mandat kukuh kepada Barisan Nasional (BN) pada 20 November ini bagi membolehkan beliau meneruskan kerja-kerja memajukan Melaka.

Sulaiman yang akan diangkat kembali sebagai Ketua Menteri jika BN menang Pilihan Raya Ne­geri (PRN) Melaka kali ini berkata, segala perancangan dan kerja-kerja tersebut perlu diteruskan demi kemakmuran bersama.

“Jika BN diberi mandat baru yang lebih kukuh insya-Allah kita mampu membentuk sebuah kerajaan yang lebih kuat.

“BN ada trek rekod urus­kan negara dan negeri selama berpuluh tahun. Segala (pemba­ngunan) yang terdapat di negara kita dan Melaka itulah selama di bawah pentadbiran kerajaan BN,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Sulaiman berkata, beliau yakin seramai 28 calon BN yang majo­ritinya muka baru dapat menggalas tugas dengan baik memajukan serta memakmurkan Melaka bersama beliau ke­rana terdiri daripada gabungan berpengalaman dan profesional.

Kata beliau, walaupun Pakatan Harapan (PH) turut menawarkan kestabilan dan kemajuan dalam manifesto gabungan parti politik itu, tetapi ketidakstabilan yang berlaku dalam negara adalah disebabkan gabungan parti politik tersebut.

Justeru, beliau meminta rak­yat Melaka meyakini manifesto yang dikemukakan BN kerana merangkumi kepentingan sege­nap lapisan masyarakat terma­suk peringkat usia, kaum wanita, orang kelainan upaya mahupun Orang Asli.

Jelas beliau, sebahagian inisia­tif dalam manifesto BN boleh dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas pilihan raya dan ada yang boleh dilaksanakan dalam tempoh satu atau dua tahun.

Mengulas isu pasir yang dijadikan isu menentang BN, katanya, beliau tidak pernah meluluskan sebarang kerja-kerja pengorekan pasir laut sepanjang menjadi Ke­tua Menteri Melaka.

Kata beliau, isu yang dibangkitkan tiada kena mengena de­ngan kerajaan negeri sebaliknya dibuat oleh Persekutuan.

-Kosmo

Tags: BNmandat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd