• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biar Negara Bankrap, Yang Penting Imbuhan Kepada Yang Berkhidmat

oleh Mohd Arshad
22/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu secara sinis menyifatkan imbuhan kepada bekas Perdana Menteri adalah penting walaupun negara mungkin akan bankrap disebabkan tindakan tersebut.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di peringkat jawatankuasa melibatkan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, imbuhan tersebut adalah berdasarkan jasa-jasa perdana menteri terdahulu.

“Memandangkan jasa Perdana Menteri-Perdana Menteri yang lalu, boleh tak Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju dengan saya supaya Tunku Abdul Rahman diberi pampasan RM1 bilion disebabkan beliau Bapa Kemerdekaan.

“Tun Abdul Razak yang merupakan Bapa Pembangunan, kita bagi RM500 juta; Tun Hussein Onn – Bapa Perpaduan, cukuplah RM300 juta.

“Tun Dr Mahathir, Bapa Pembangunan Moden dan 22 tahun menjadi Perdana Menteri kita bagi imbuhan RM2 bilion. Tun Abdullah bagi RM100 juta, manakala Datuk Seri Najib bagi RM100 juta.

“Biar negara bankrap pun tak apa, tetapi yang penting imbuhan kepada orang yang berkhidmat ini begitu penting,” katanya ketika mencelah perbahasan Anwar di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Anwar dalam reaksi balasnya meminta supaya menteri bertanggungjawab memberi penjelasan berhubung isu tersebut.

“Saya faham semangat hutang budi di bawa mati ini, tetapi ini beban kepada negara dan saya percaya, kalau ikut pengalaman mengenali tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak.

“Individu ini tak perlukan dana, mereka berkhidmat oleh kerana kasih kepada negara. Ini berbeza dengan yang lain.

“Jadi saya percaya, walaupun semangat itu ada, kita tahu peruntukan undang-undang (sedia ada), saya minta menteri beri penjelasan berkenaan apa yang berlaku, berapa yang diperolehi dan mengapa jemaah menteri boleh bersetuju dengan mudah kemudahan-kemudahan yang diberikan,” katanya.

Pada Khamis lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan Kabinet menerima permohonan daripada Najib yang ketika ini menunggu untuk ‘dimuktamadkan’, sekali gus menyebabkan kenyataan beliau itu dipersoal segelintir Ahli Parlimen.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Jumaat pula mengesahkan kerajaan pada dasarnya telah bersetuju untuk menganugerahkan Najib sebidang tanah dan rumah yang dilaporkan bernilai RM100 juta.

Awani-

Tags: Mat Sabu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Terbunuh, 4 Cedera Kejadian Tembakan Di Barat Daya Pakistan

Next Post

Bekas Banduan Samun Wanita Sedang Tunggang Motosikal

Related Posts

Kerajaan Setuju Pinda Akta Kawalan Padi Dan Beras – Mat Sabu

Kerajaan Setuju Pinda Akta Kawalan Padi Dan Beras – Mat Sabu

13/02/2025
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju meminda Akta Kawalan Padi dan Beras (Akta 522) bagi meningkatkan penguatkuasaan ke atas pengilang, pemborong...

Mat Sabu Umum Penggal Terakhirnya Terajui AMANAH

Mat Sabu Umum Penggal Terakhirnya Terajui AMANAH

24/12/2023
0

KLANG : Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan ini adalah penggal terakhirnya menerajui parti itu. IKUTI...

Next Post

Bekas Banduan Samun Wanita Sedang Tunggang Motosikal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd