Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

Zachary Anderson Tidak Rela...

PERTAHANAN import Kedah Zachary Anderson mengakui tidak rela lagi menjadi penonton pada final...

3 Doors Down Setuju...

WALAUPUN kebanyakan artis menolak untuk mengadakan persembahan sempena majlis angkat sumpah Donald Trump...

Apakah Tiada Bonus Untuk...

SUDAH jadi tradisi setiap tahun untuk peneroka Felda menerima insentif bayaran khas sempena...

Pensyarah UiTM Gemar Berzina...

UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) menjalankan siasatan mengenai dakwaan membabitkan pensyarah di cawangan Dengkil...

Apakah Punca Kematian Dr Koh Meow? KKM Akan Siasat

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh CPRC KKM

Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga mendiang Dr. Chai Koh Meow atas pemergian beliau pada 17 November 2021.

Dr. Chai merupakan seorang Ketua Penolong Pengarah Kanan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia yang amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, masyarakat setempat dan komuniti perubatan tradisional dan komplementari.

Dr. Chai telah melengkapkan dos vaksinasi penggalak COVID-19 beliau pada 9 November 2021. Beliau tidak melaporkan apa-apa kesan sampingan luar biasa setelah mendapat vaksinasi tersebut. Malahan beliau telah hadir bekerja dan bertugas seperti biasa sehingga 16 November 2021.


Adalah dimaklumkan bahawa siasatan mengenai punca kematian mendiang masih berjalan. KKM memohon agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes beliau sehingga keputusan bedah siasat rasmi diperolehi. KKM juga memohon masyarakat umum menghormati privasi keluarga mendiang.

Pihak KKM berduka cita dengan pemergian salah seorang pegawai kami yang komited dan berdedikasi dalam tugasan beliau.

– KPK KKM –

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori